Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Karangan Rasuah (Faktor, Kesan Dan Langkah Pencegahan)

Contoh Karangan Rasuah (Faktor, Kesan Dan Langkah Pencegahan)

 

Soalan

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu, huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

 

Isi-Isi

 

Faktor

  • Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama).
  • Kelemahan kepimpinan.
  • Faktor perkembangan modenisasi.
  • Faktor sosial dan budaya.

 

Kesan

  • Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskinsederhana ditindas).
  • Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia).
  • Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti).
  • Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti).
  • Menghancurkan sebuah negara.


Langkah Pencegahan

  • Penguatkuasaan undang-undang.
  • Kempen kesedaran.
  • Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
  • Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat).        .
  • Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan).
  • Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil).

 

Baca Juga: Isu Rasuah di Malaysia

Baca Juga: Punca dan Kesan Rasuah


Contoh Jawapan


Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.

 

Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadiseseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

 

Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor utama berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.

 

Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini sepertimemperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.

 

Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

 

Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.

 

Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah.


Baca Juga: Isu Rasuah di Malaysia

Baca Juga: Punca dan Kesan Rasuah