PENDAHULUAN
Pemberontakan
Boxer merupakan satu tindakbalas secara lansung terhadap peristiwa-peristiwa
politik, sosial dan ekonomi yang menimbulkan satu krisis dalam kehidupan orang
Cina.
Antara
tahun 1899-1900 anggota gerakan Boxer telah melancarkan beberapa rusuhan yang
bertujuan untuk menghalau orang-orang asing keluar dari negara China serta
membunuh orang Cina yang beragama Kristian.
Faktor-Faktor Tercetusnya Pemberontakan
Boxer
POLITIK
Wujudnya Sentimen Anti Asing Di
Kalangan Orang Cina
Sentimen
anti asing di kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke- 17 lagi
apabila orang asing telah mula memasuki negari China.
Kekalahan
Negara China dalam Perang Candu Pertama (1839-1842) dan Perang Candu Kedua
ditangan Inggeris dan kekalahannya ditangan Jepun dalam Perang China-Jepun
(1894-1895) menyebabkan Barat dan Jepun menceroboh Negara China
sewenang-wenangnya untuk merebut konsesi.
Perebutan
konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan negara China akan dibelah
bahagikan sesama kuasa Barat.
Justeru
itu adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Cina mengusir orang asing keluar
dari Negara China.
Wujudnya Semangat Anti Asing Di
Kalangan Pihak Istana
Sentemen
anti asing ini juga wujud dikalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan
Maharani Dowager @ balu Tzu Hsi, Putera Chuang dan Kang-i.
Maharani
Dowager atau Tzu Hsi yang merampas kuasa daripada Kuang Hsu pada tahun 1898
telah meneruskan dasar anti-asing. Baginda berhasrat untuk menamatkan hak-hak
kewilayahan asing yang diberikan kepada orang asing di negara China. Ini dapat
dilihat apabila Maharani Dowager telah menolak permintaan Itali untuk
mendapatkan San May Bay di Chikiang.
Perasaan
anti asing ini juga timbul dikalangan pegawai istana dan Maharani Dowager juga
wujud kerana pihak Inggeris telah memberi bantuan kepada Kang Yi-Wei dan Liang
Chih–Chao melarikan diri ke Hong Kong. Kerajaan Jepun juga memberi perlindungan
kepada mereka dan memberi kebenaran kepada mereka meneruskan kegiatan mereka
menentang kerajaan Manchu melalui akhbar-akhbar yang diterbitkan di Jepun.
Maharani
Dowager telah mengarahkan tentera pemimpin Tung Fuh Shing membantu
Pemberontakan Boxer. Sementara pembesar-pembesar China telah memberi bantuan
senjata kepada anggota-anggota gerakan Boxer.
Sentimen Anti-Kristian
Perkembangan
agama Kristian yang pesat di China pada tahun 1890-an iaitu selepas perjanjian
Whampao (1844) dan persidangan Peking (1860) telah menambahkan lagi sentimen
orang asing di kalangan orang China. Melalui kedua-dua perjanjian ini Mubaligh
Kristian diberi perlindungan dan dibenarkan menjalankan kegiatan mereka di
negara China. Perkembangan agama Kristian ini dianggap sebagai satu penghinaan
terhadap kepercayaan dan falsafah orang-orang China yang berasaskan
Confucianisme.
Sentimen
anti-Kristian dikalangan orang Cina juga wujud disebabkan oleh sikap orang-orang
Cina yang menganut agama Kristian. Mereka tidak lagi menghormati ajaran
Confucianisme, enggan menyembah berhala dan enggan menyertai upacara , perayaan
dan hiburan keagamaan dan enggan membayar wang perbelanjaan untuk membiayai
perayaan dan hiburan di peringkat kampung atas alasan amalan ini bertentangan
dengan amalan Kristian.
Orang
Cina Kristian menyifatkan mereka sebagai kelas sosial yang berdarjat tinggi.
Anggapan ini dianggap sebagai satu penghinaan bagi orang Cina. Orang Cina
menuduh mereka murtad dan mempersalahkan kuasa Barat atas berlakunya perkara
begitu.
Sentimen
anti-Kristian ini juga wujud disebabkan tindakan mubaligh-mubaligh Kristian
menggunakan cara yang sangsi untuk menarik minat orang Cina menganut agama
Kristian. Selain menuntut hak-hak istimewa bagi penganut-penganut Kristian.
Mereka juga memberi bantuan kewangan dan campurtangan menyebelahi panganut
kristian dalam kes-kes mahkamah yang membabitkan golongan Cina bukan Kristian.
Tindakan
mubaligh campurtangan dalam hal-hal tempatan dianggap keterlaluan dan mencabar
kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman negara China.
Sentimen
anti Kristian juga wujud apabila tersebarnya khabar-khabar angin bahawa
mubaligh Kristian melakukan perbuatan ganjil dan tidak berperikemanusiaan iaitu
mencungkil mata kanak-kanak di kawasan pedalaman.
Oleh
itu orang Cina Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah
diperalatkan oleh orang-orang asing. Orang China berpendapat agama Kristianlah
yang bertanggungjawab ke atas perpecahan masyarakat China.
EKONOMI
Penguasaan Ekonomi Negara China Oleh
Orang Asing
Penguasaan
ekonomi negara China oleh orang asing selepas pembukaan negara China kepada
kuasa-kuasa Barat telah menambahkan lagi sentimen orang asing di kalangan orang
China. Penguasaan ekonomi China oleh orang asing ini telah menyebabkan
kemelesetan ekonomi China akibat kemasukan barang-barang asing secara
berleluasa selepas Perang Candu Pertama. lanya mengancam barang-barang tempatan
kerana barang asing jauh lebih bermutu dan murah. Contohnya: kapas dari luar
1/3 murah dari kapas tempatan. Oleh itu, industri tekstil dan pertukangan
tangan tempatan terjejas.
Akibatnya
negara Cina menghadapi imbangan perdagangan yang defisit sebanyak 69 juta tael
pada tahun 1899.
Syarikat
asing dan pelaburan perusahaan semakin berkembang di negara China. Akibatnya
pengusaha-pengusaha tempatan menjadi muflis dan pekerja-pekerja menghadapi pengangguran.
Kekurangan Wang di negara China
Kerajaan
China tidak dapat menyelesaikan masalah ekonominya kerana kekurangan wang yang
disebabkan oleh kejatuhan ekonominya. Kekurangan wang ini belaku kerana
kerajaan China terpaksa menggunakan banyak wang untuk membayar ganti rugi
perang.
Akibatnya
kerajaan China terpaksa meminjam wang dari negara luar. Tindakan ini
menyebabkan modal asing mencurah-curah masuk ke negara China. Dengan ini,
punca-punca ekonomi dan pasaran tempatan dikuasai oleh orang asing.
Kemerosotan
syarikat-syarikat tempatan dan kekayaan yang diekploitasikan oleh pihak asing
menambahkan rasa benci orang Cina terhadap orang asing.
SOSIAL
Perkembangan teknologi moden dalam
bidang pengangkutan
Kemasukan
Barat membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan di negara China. !a
telah menjejaskan mata pencarian rakyat China yang bergantung kepada
pengangkutan tradisional.
Contohnya:
Penggunaan kereta api dan kapal wap moden secara meluas menjejaskan pencarian
orang Cina terutama mereka yang mengendalikan pengangkutan kuno seperti kereta
lembu, kereta kuda serta tongkang dan sampan.
Dalam
keadaan pendapatan yang berkurangan, kehidupan mereka semakin sulit kerana
terpaksa menanggung keluarga dan membayar cukai tinggi serta cukai baru yang
diperkenalkan oleh kerajaan Manchu.
Bencana Alam
Penderitaan
orang Cina semakin bertambah akibat kejadian-kejadian bencana alam seperti
banjir di wilayah sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho seperti di
Shangtung, Szechuan, Kiangsi dan Ahwei pada tahun 1898.Kemarau juga berlaku di
China Utara pada tahun 1900.
Bencana
alam ini menyebabkan kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta benda. Dalam
hal ini, timbul kongsi-kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan perompak melakukan
jenayah.
Orang
Cina serta pegawai konservatif menyalahkan orang asing atas bencana alam yang
terjadi.
Pendapat
mereka penerokaan tanah bagi tujuan perlombongan, pembinaan jalan kereta api
oleh orang asing menyinggung perasaan dewa-dewi kerana telah merosakkan tempat
kediaman mereka. Malah mereka percaya pengembangan agama kristian juga
mengganggu roh pendita. Oleh itu berlaku bencana alam sebagai balasan.
Kerja-kerja
pembangunan tersebut merupakan kerja berdosa dan mengacau keharmonian alam
semesta serta merosakkan ketenangan bumi. Untuk menggelakkan kejadian ini
berlaku orang asing harus diusir.
KESIMPULAN
Pada
tahun 1899 anggota-anggota gerakan Boxer telah bertindak membunuh orang-orang
China yang menganut agama Kristian. Gerakan Boxer yang sebenamya tercetus pada
tahun 1900 apabila anggota-anggota gerakan ini bertindak membunuh mubaligh
Kristian dan orang asing di wilayah Chihli, Shantung, Shensi dan Manchuria.
Gerakan Boxer ini telah berjaya ditumpaskan oleh tentera Bersekutu China
akhirnya terpaksa menandatangi protocol Boxer dengan kuasa Barat pada bulan Mac
1901.