Isi Karangan Tentang Pilihanraya di Malaysia
1.
SISTEM PILIHAN RAYA
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.
2.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA
Bagi memudahkan
pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal
untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan
peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:
I)
Perlembagaan Persekutuan;
II)
Perlembagaan Negeri;
III)
Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957
IV)
Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
V)
Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
VI)
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981;
VII) Peraturan-peraturan
Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002;
VIII)Peraturan-peraturan
Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Semua
undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan
proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang
yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi
memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Antarannya termasuklah
Akta Polis 1967; Akta Hasutan 1958; Akta Rahsia Rasmi 1971; dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri, 1960.
3.
ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
Elemen-elemen
penting pilihan raya adalah:-
I)
Bahagian Pilihan Raya
II)
Pemilih
III)
Calon
IV)
Proses Pilihan Raya
4.
KELAYAKAN CALON
Dalam sistem
pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti
atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam
mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:
I)
warganegara Malaysia;
II)
berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari
penamaan calon;
III)
tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding
bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dimana-mana dalam Malaysia bagi
kerusi Parlimen; dan
IV)
tidak hilang kelayakan
Seseorang
calon hilang kelayakan jika dia:
I)
telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman;
atau
II)
didapati seorang bankrap; atau
III)
memegang jawatan berkepentingan 'office of
profit'; atau
IV)
gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan
raya; atau
V) telah didapati bersalah oleh mahkamah di
Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun
atau denda tidakkurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
VI)
telah memperoleh kewarganegaraan asing.
5.
JENIS-JENIS PILIHAN RAYA
Terdapat dua
jenis pilihan raya iaitu:
1.
Pilihan Raya Umum
2.
Pilihan Raya Kecil
Pilihan Raya
Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau
terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.
Pilihan Raya
Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri di luar jangka disebabkan oleh:
I)
Kematian
II)
Perletakan Jawatan
III)
Hilang Kelayakan
IV)
Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah
Pilihan Raya
6.
TEMPOH PILIHAN RAYA
Pilihan Raya
untuk Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh
undang-undang, perlu diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan
dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan di dalam tempoh 60
hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya
Kecil juga diadakan apabila ada kekosongan dan perlu diselesaikan di dalam
tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang disahkan atas sebab-sebab kematian,
peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
7.
PERINGKAT-PERINGKAT PILIHAN RAYA
Pilihan Raya
Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam peringkat iaitu
pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan
rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.
I) Pengeluaran Writ
Apabila berlaku
pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar
jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan
raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan
diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai.
Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan
dijalankan.
II)
Penamaan Calon
Pada hari
penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi,
Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang
atau penyokong atau ketiga-tiga sekali. Selain dari penyerahan tiga salinan
borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit
pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli
Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem.
Kertas-kertas
penamaan yang diterima akan di pamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh mereka yang layak iaitu calon dan
pemilih yang terdaftar di kawasan berkenan. Apabila selesai urusan tersebut
Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak bertanding. Jika hanya
seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut
menang tanpa bertanding.
III) Kempen Pilihan Raya
Selepas sahaja
urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan
urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah,
pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu
dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
Untuk tujuan
kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000
bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.
Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak
berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka
mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.
IV) Pengundian
Pada hari
mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar
pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan.
Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada juga kawasan yang
masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan
terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Setiap pusat
mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi. Ianya diketuai
oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang
pembantu.
Bagi
pengundi-pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos,
mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan. Namun
demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat
Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.
V) Penjumlahan Rasmi Undi
Sebaik saja
urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiran kertas
undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam borang 14. Semua
borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan
Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati
betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramaisatu persatu dan jika terdapat
keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 – Penyata Kertas Undi.
Apabila semua
keputusan Borang 14 - Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang 15 -
Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan,
beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.
VI) Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
Setelah selesai
menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan
raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan
mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang
berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak
berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah
Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.
8.
DEPOSIT PILIHAN RAYA
Bagi calon-calon
yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang deposit
pilihan raya berjumlah seperti berikut:-
Pilihan Raya
Parlimen – RM 10,000.00
Pilihan Raya
Dewan Undangan Negeri – RM 5,000.00
Wang deposit ini
perlu dibayar kepadaPegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri
selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit Pilihan
Raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank.
Calon-calon akan
hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang
di perolehi oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan
raya berkenaan.
9.
PENGGUNAAN SIMBOL PARTI
Calon-calon
boleh mengunakan simbol parti politik jika mendapat kebenaran daripada ketua
parti berkenaan. Calon-calon yang tidak mewakili parti boleh menggunakan simbol
Bebas yang telah di sediakan oleh SPR (Sila rujuk simbol-simbol Parti).
10.
PASUKAN PENGUAT KUASA KEMPEN PILIHAN RAYA
Bagi memastikan
pilihan raya berjalan lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah seksyen 3(d) Akta
Pilihan Raya 1958 dan seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk
melantik Pegawai Penguatkuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan Penguat
Kuasa Kempen Pilihan Raya di setiap bahagian pilihan raya Parlimen .
Keanggotaan
pasukan ini adalah terdiri daripada:-
a)
Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik di bawah
seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958
b)
Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak
rendah dari inspektor.
c)
Seorang wakil pihak berkuasa tempatan.
d)
Seorang wakil parti politik/calon.
Fungsi-fungsinya
ialah:-
a)
Mengawasi dan memantau semua aktiviti calon
b)
Menurunkan semua bahan kempen yang bercanggah
dengan undang-undang Pilihan Raya
c)
Menghentikan ucapan dan syarahan yang melanggar
undang-undang pilihan raya.
d)
Mengawal dan menyelaras aktiviti berkempen
11.
BORANG SPR
Undang-undang
yang ada sekarang melarang calon daripada mendirikan sebarang barong atau
pondok panas di dalam kawasan calon itu bertanding. Namun demikian calon-calon
dibenarkan untuk mengadakan pejabat parti untuk urusanya di luar kawasan 50
meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, SPR akan
mengadakan Barong SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuaan barong ini diadakan
adalah untuk membantu pemilih menyemak nama mereka berada di dalam daftar
pemilih dan penentuan pusat dan tempat mengundi mereka supaya pengundian dapat
berjalan dengan lancar dan teratur.
12.
PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
Calon-calon
dibenarkan membelanjakan untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah
berikut :-
a) Parlimen : Tidak lebih daripada RM200,000.00
b) Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00
Calon-calon
dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada SPR dalam tempoh 31 hari
dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan
raya yang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka tidak layak untuk
bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.
13.
JENIS-JENIS PENGUNDIAN
Terdapat dua
jenis pengundian di Malaysia:-
a) Pengundian biasa – ianya melibatkan
pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari
mengundi.
b) Pengundian pos – ianya melibatkan pengundi tidak
hadir yang terdiri daripada angkatan tentera dan pasangannya, pelajar di luar
negara dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar Negara dan
pasangannya.
Pengundi-pengundi
lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:
I)
Petugas Pilihan Raya
II)
Anggota polis dan pasangan, anggota polis hutan
III)
Ahli panel dan Pegawai SPR
IV) Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR
layak untuk mengundi secara pos melalui pewartaan
Pengundian pos
ini akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi di cetak dan
mereka perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda ke Pejabat
Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.
14.
ALASAN-ALASAN UNTUK PETISYEN PILIHAN RAYA
Keputusan
pilihan raya hanya boleh di cabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen
pilihan raya. Ianya hendaklah di kemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh
keputusan pilihan raya di wartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh
dibuat atas alasan-alasan berikut:-
a)
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku
yang boleh menjejaskan pilihan raya
b)
Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan
peraturan pilihan raya
c)
Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi
undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon atau ejen-ejennya.
d)
Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk
menyertai pilihan raya.