Pentingnya pelajar miliki insurans
Artikel : Pentingnya pelajar miliki insurans
Sumber:
Media Permata
Oleh
Normazlina M.D
TUTONG,
3 Jan – Bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan insurans
pelajar, Sekolah Menengah Tanjong Maya telah mengundang pihak Insurans Islam
TAIB General Takaful Sdn Bhd untuk menyampaikan Taklimat ‘Skim Takaful Pelajar’
di sekolah itu sempena meraikan para pelajar Tahun 7 yang baharu memulakan
pengajian mereka hari ini.
Taklimat
mengenai skim tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Insurans Islam
TAIB General Takaful, Awang Norshahrul Azim bin Haji Abdul Rahman; Pegawai
Eksekutif Insurans Islam TAIB Family Takaful, Awang Ahmad Mamduh bin Abdul
Wahab dan Pegawai Pemasaran Insurans Islam TAIB Family Takaful, Dayang Nur
Amalina binti Haji Sarpudin.
Pada
taklimat itu, pihak insurans terbabit menjelaskan tentang manfaat perlindungan
insurans kepada para pelajar, faedah takaful seperti kematian dan hilang upaya
kekal keseluruhan akibat kemalangan, pampasan pengebumian, elaun wad harian
akibat kemalangan dan juga perlindungan perbelanjaan perubatan dan pembedahan
akibat kemalangan atau kecederaan.
Skim
tersebut juga menyediakan elaun pendidikan jika salah seorang ibu bapa atau
penjaga yang dilindungi terlibat dengan kematian akibat kemalangan atau
kehilangan anggota badan dan kehilangan atau kerosakan buku teks jika peserta
mengalami kerugian atau kerosakan pada buku teks akibat kemalangan jalan raya
atau kebakaran rumah.
Dengan
adanya perlindungan insurans terbabit, para pelajar akan mendapat manfaat
daripada perlindungan takaful yang komprehensif dan jika berlaku sebarang
kejadian yang tidak diingini, mereka akan dilindungi oleh Insurans Islam TAIB
General Takaful Sdn Bhd.
Sumber:
Media Permata