Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Ciri Masyarakat Maritim Di Jepun Abad Ke-16 Dan 17

Contoh Karangan Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Di Jepun Abad Ke-16 Dan 17

 

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajaan. Masyarakat nya tinggal di kawasan pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau Bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai. Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menyimpan barang, tempat penginapan, bekalan air, dan pusat berjual-beli. Masyarakat maritim yang menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut biasanya tinggal di kawasan perkampungan nelayan.

  • Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal, dan peneroka. Perkembangan ini didorong oleh kemunculan kerajaan maritim di Eropah pada abad ke-17. Antara kuasa maritim yang unggul pada abad tersebut ialah Portugal, Belanda, dan Inggeris. Di Asia pula, kemunculan Jepun sebagai sebuah kerajaan maritim talah dikesan lebih awal, iaitu sejak abad ke-4 Masihi lagi.

 

Isi-isi Penting:

(1) Kegiatan ekonomi

  • Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialah perdagangan. Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara. Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Barat. Pedagang-pedang Jepun mengeksport barangan seperti tembaga, berlian, dan perak.
  • Antara barangan yang diimport oleh pedagangan Jepun ialah sutera, tembikar, dan tembaga dari China. Barangan tropika pula diimport dari pelabuhan di Asia Tenggara.

 

(2) Petempatan

  • Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, menangkap ikan, dan mengutip hasil laut.
  • Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai. Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim ialah pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan shimoda.

 

(3) Teknologi perkapalan

  • Masyarakat maritim Jepun terdedah kepada kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu. Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar yang dikenali sebagai shuinsen. Kapal layar ini digunakan oleh pedagangan-pedagangan Jepun untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan di Asia Tenggara.
  • Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga mempunyai kemahiran membina kapal seperti Higaki-kaisen dan Taru-kaisen. Kapal jenis ini digunakan dalam perdagangan dalam negara yang melibatkan laluan antara Osaka dan Edo.

 

(4) Teknologi pelayaran

  • Masyarakat maritim di Jepun mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran, ilmu nautika dan kartografi.
  • Masyarakat maritim menerima pengetahuan mengenai teknologi perkapalan daripada pedagangan portugal. Shogun Leyasu mendapat bantuan daripada orang sepanyol dalam teknologi perkapalan.

 

(5) Penjelajahan dan penerokaan

  • Masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Menjelang awal abad ke-17, lebih daripada 350 buah kapal terlibat dalam pelayaran ke luar negeri.
  • Secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke negara-negara lain setiap tahun. Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga melancarkan ekspedisi pelayaran ke China, Korea, dan Amerika Selatan.

 

(6) Masyarakat pelbagai Budaya

  • Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan.
  • Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.

 

(7) Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran

  • Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China.
  • Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.

 

(8) Pelabuhan Entreport

  • Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya.
  • Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.

 

(9) Menerima Pengaruh Luar

  • Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).
  • Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan

 

Penutup

  • Kesimpulannya, masyarakat maritim di negara Jepun memberi sumbangan dalam bidang perdagangan, penjelajahan, dan penerokaan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan perdagangan. Dari segi pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
  • Malahan, pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu,dasar perdagangan diperkenalkan. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan masyarakat maritim di Jepun dan menjadi faktor-faktor kemunculannya.