Karangan PT3- Contoh Karangan Ceramah Cara-cara Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa Puan Hjh Rohana bt Esmail, Yang dihormati barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit”.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang
sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit
berjangkit ini umpama duri dalam daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia
amnya dan masyarakat Malaysia khususnya berada dalam kebimbangan yang
berterusan. Antara penyakit berbahaya yang pernah melanda negara kita dan
negara-negara luar ialah wabak selsema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan
Akut yang Teruk SARS). Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit
terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan penyakit
masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara perlu
dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat
dibendung.
Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit
berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang
berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga
kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan
mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan
aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini
terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidakan yang teratur merupakan satu
cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak k menjaga
kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud
di negara kita. Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara
telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian penjagaan
kesihatata peribahasa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Hadirin sekalian,
Selain itu, pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat
kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan
kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat terhadap orang yang masuk ke
negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan yang
dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit
berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan
atau haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah
menyita dan memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk. Dalam hal ini
tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari negara-negara
yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu
ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius.
Oleh itu pelancong dan barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah
diperiksa dengan lebih terperinci agar negara kita bebas daripada ancaman
penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak berkuasa hendaklah mengetatkan
syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan
penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit
yang berikutnya ialah pihak kerajaan hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa
yang telah dijangkiti penyakit berjangkit dengan kadar segera. Tindakan tegas
ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan
harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit berjangkit biasanya merebak
dengan pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan,. Misalnya dalam kes
penularan penyakit Selesema Burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara atau
yang hidup bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya,
kita tidak boleh pilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam
terancam seperti kata peribahasa biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat
kematian haiwan peliharaan adalah lebih baik berbanding kehilangan nyawa
manusia akibat diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah
dilaksanakan dengan kadar segera. Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan
majoriti kerana penularan penyakit tidak akan berhenti jika tidak dibendung. Tindakan
yang lambat akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit berkenaan tidak lagi
dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan atau pembawa
penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan penularannya dapat dikawal.
Tuan-tuan yang dihormati,
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar
dilaksanakan untuk memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya.
Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan
tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak
mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal
dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah
pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit
berjangkit yang berbahaya. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil
kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya
terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih.