Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim-Abad 16 ke 17

Contoh Karangan Kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim-Abad 16 ke 17



   Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap aktiviti yang berasaskan laut. Aktiviti ekonomi masyarakat maritim di Jepun ialah perdagang,perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan kewujudannya sejak abad ke-3 Masihi lagi. Oleh disebabkan faktor bentuk muka bumi negara Jepun yang bergunung-ganang petempatan masyarakat Jepun terletak di kawasan persisir pantai,kepulauan dan lembah sungai. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun ini telah banyak meninggalkan kesan terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosial di Jepun.


   Diantara kesan dalam bidang ekonomi kemunculan masyarakat maritim Jepun ialah penggunaan mata wang tembaga secara meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang tembaga ini telah menyebabkan kegiatan perdagangan dapat berkembang dengan pesat di Jepun . Contohnya, menjelang abad ke-17 , pedagang Jepun telah membekalkan mata wang tembaga kepada Vietnam. Nguyen Phuc Tran iaitu Maharaja Vietnam memohon untuk mendapatkan bekalan mata wang tembaga daripada Jepun.Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi juga menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul dua golongan iaitu golongan pedagang dan golongan artisan. Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan teknologi dari Korea. Selain itu, orang Jepun juga melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi.


   Seterusnya, masyarakat maritim di Jepun juga telah menubuhkan persatuan pedagang. Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang (guild) di pekan dan bandar-bandar besar, contohnya orang Belanda telah menubuhkan Persatuan Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609. Selain persatuan dagang, Persatuan Kewangan yang dikenali sebagai Mujinko turut ditubuhkan di Jepun. Tujuan pedagang-pedagang di Jepun menubuhkan persatuan ini adalah bagi memelihara atau melindungi hak serta kebajikan pedagang-pedagang di Jepun daripada ditindas. Selain itu, telah wujudnya industri perlombongan, mereka menceburi industri perlombongan dan aktiviti ini telah merangsangkan lagi penggunaan mata wang, diantara hasil pengeluaran daripada indutri perlombongan ialah emas, perak dan tembaga turut meningkat .


  Perkembangan pesat kegiatan ekonomi di Jepun juga menyebabkan munculnya pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot ialah pelabuhan mengimport dan mengeksport barang. Antara pelabuhan entrepot yang penting di Jepun ialah Kyushu, Nagasaki dan Shimoda menjadi tumpuan pedagang asing dan juga tempatan . Pelabuhan-pelabuhan ini telah dilengkapi oleh pelbagai kemudahan iaitu bekalan air , tempat menyimpan barang , tempat tinggal dan tempat berjual beli. Contoh barangan yang dieksport ialah perak, berlian dan tembaga. Manakala, barang yang diimport pula ialah sutera dari China dan barangan dari Asia Tenggara seperti gula dan kulit rusa.Selain itu, telah melahirkan ramai pelayar hebat dan handal yang menguasai pelbagai jenis ilmu antaranya ilmu nautika, kartografi, ilmu pelayaran dan ilmu perkapalan. Mayarakat Jepun telah membina kapal-kapal besar seperti kapal Shuinsen.


   Kesan terhadap bidang sosial pula ialah Jepun telah melaksanakan dasar buka pintu. Kehadiran kuasa asing membawa kepada penyebaran agama Kristian di Jepun. Paderi-paderi Kristian daripada mazhab seperti Jesuit, Franciscan, dan Dominan menyebarkan agama Kristian. Pada tahun 1582, terdapat 150 000 orang penganut Kristian dan lebih 200 buah gereja di Jepun. Penganut agama Kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan bangsawan. Kesan seterusnya dalam bidang sosial ialah kemunculan bandar baharu di Jepun seperti Kyoto, Seto, Edo dan Osaka. Osaka merupakan bandar pelabuhan bebas yang ditadbir oleh komuniti pedagang tempatan. Selain itu , pengaruh asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun. Pengaruh yang paling besar ialah dari bahasa dari Portugis , Belanda dan Sepanyol.


   Kesimpulannya, Jepun mengalami kepesatan ekonomi yang amat memberangsangkan dari pelbagai aspek setelah banyak menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar. Apabila Jepun bertukar dari dasar ekonomi yang buka pintu ke dasar tutup pintu sedikit sebanyak telah menjejaskan kepesatan ekonomi Jepun seperti yang sebelumnya.