Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Karangan Kegiatan Ekonomi Kesultanan Melaka Pada Abad Ke-15

Contoh Karangan Kegiatan Ekonomi Kesultanan Melaka Pada Abad Ke-15

 

1. Kesultanan Melayu Melaka

  • Masyarakat Melayu Melaka menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, menternak dan memburu binatang.
  • Pada peringkat awal, aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi keperluan sendiri ataupun ekonomi saradiri.
  • Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Melaka berubah apabila perdagangan dijalankan di Melaka.
  • Melaka merupakan pusat perdagangan yang baik kerana mempunyai pelabuhan yang strategik.
  • Selain itu, pelbagai kemudahan juga disediakan oleh pemerintah untuk menarik kedatangan pedagang dari China, Arab, dan India.

 

2. Aktiviti Pertanian

  • Aktiviti ekonomi yang penting di Melaka adalah pertanian seperti penanaman padi dan buah-buahan.
  • Dalam Undang-undang Melaka Fasal 20 dinyatakan wujud tanah perhumaan, bendang, sawah, dan ladang.
  • Kegiatan penanaman padi bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka dan kemasukan orang Minangkabau.
  • Melaka mengimport beras dari Siam, Palembang, dan Jawa dan hanya mengeluarkan sedikit sahaja beras untuk menampung keperluan penduduk.
  • Penduduk Melaka juga menjalankan aktiviti berdusun seperti catatan Tom Pires bahawa Raja Iskandar dan pengikutnya menebus hutan untuk membuat dusun.

 

3. Aktiviti Menangkap Ikan dan Hasil Laut

  • Orang Melaka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan yang merupakan sumber protein khusus bagi orang Melayu.
  • Ini dibuktikan apabila Raja Iskandar dan pengikutnya semasa berada di Muar, mereka menjadi nelayan bagi menampung keperluan seharian.
  • Kegiatan memungut hasil laut turut dilakukan oleh Orang Laut sebelum pemerintahan Parameswara lagi.
  • Mereka bergantung hidup dengan menangkap ikan dan menggunakan perahu yang ditebuk daripada kayu bulat.
  • Ini dibuktikan melalui catatan Ma Huan pada tahun 1433 mengatakan bahawa penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan dan hasil laut.

 

4. Aktiviti Berburu dan Memungut Hasil Hutan

  • Kegiatan berburu dilakukan oleh penduduk Melaka untuk menampung keperluan seharian dan merupakan aktiviti raja-raja dan diwarisi masyarakat.
  • Memungut hasil hutan merupakan kegiatan sara diri yang dijalankan oleh penduduk Melaka seperti rotan, damar dan getah jelutung.
  • Kegiatan ini dianggap penting kerana mereka bergantung kepada persekitaran seperti sungai dan hutan serta mendapat permiintaan tinggi dari pedagang luar.
  • Terdapat juga aktiviti ekonomi lain seperti aktiviti pertukangan kayu seperti membina perahu, rumah dan istana.
  • Mereka juga mencipta senjata daripada besi serta kraftangan seperti bubu ikan dan tikar mengkuang yang diperbuat daripada kayu, rotan dan buluh bambu.

 

5. Aktiviti Perdagangan

  • Aktiviti perdagangan dijalankan sebagai warisan sejak zaman kerajaan Langkasuka dan Srivijaya lagi.
  • Kegiatan ini pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan oleh rakyat biasa dan berjaja di pasar-pasar dengan menggunakan perahu kecil.
  • Kerancakan aktiviti berdagang di Melaka berlaku apabila pelbagai kemudahan dan keistimewaan menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan terkenal.
  • Kedudukan geografi Melaka sebagai lalulintas pedagang dari Timur dan Barat melalui Selat Melaka menjadikannya tempat persinggahan pedagang.
  • Kebijaksanaan pemerintah raja-raja/sultan-sultan Melaka serta hubungan baik dengan kerajaan Ming di China menyumbang kegemilangan perdagangannya.