Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Sumbangan Masyarakat Maritim Di Jepun Pada Abad Ke 16 Dan 17

Contoh Karangan Sumbangan Masyarakat Maritim Di Jepun Pada Abad Ke-16 Dan 17.

 

Pendahuluan

  • Masyarakat Maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan. Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai. Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menyimpan barang, tempat penginapan, bekalan air, dan pusat berjual beli.
  • Masyarakat maritim di Jepun terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal, dan peneroka. Perkembangan ini didorong oleh kemunculan kerajaan maritim di  Eropah pada abad ke-17. Antara kuasa maritim yang unggul pada abad tersebut ialah Portugal, Belanda, dan Inggeris. Di Asia pula, kemunculan Jepun sebagai sebuah kerajaan maritim talah dikesan lebih awal, iaitu sejak abad ke-4 Masihi lagi.

 

Isi-isi Penting :

(1) Penggunaan mata wang

  • Masyarakat Maritim di Jepun menjalankan aktiviti perdagangan yang melibatkan penggunaan mata wang. Menjelang abad ke-15, kerajaan Jepun mengimport mata wang tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi. kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British tela menyebabkan penggunaan mata wang perak meningkat kerana digunakan dalam urusniaga.
  • Shogun Tokugawa mendirikan kilang pembuatan mata wang di Nagasaki untuk menghasilkan mata wang. Pada zaman Sengoku Jidai, syiling tembaga digunakan secara meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang meyebabakan muncul pasar dan bandar-bandar baharu di Jepun.

 

(2) Perdagangan luar negeri

  • Hubungan perdagangan antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak Zaman Ashikaga. Jepun turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea sejak abad ke-3. Hubungan ini berterusan hingga abad ke-16 dan 17.
  • Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa barat. Orang Portugal mendarat di Pelabuhan Kyushu pada tahun 1542. Menjelang tahun 1550, banyak kapal dagang Portugal berlabuh di Pelabuhan Kyushu. Pada zaman Tokugawa, langkah-langkah diambil untuk memecahkan monopoli   perdagangan Portugal dengan menggalakkan hubungan perdagangan dengan kuasa Barat seperti Sepanyol, Belanda dan British.

 

(3) Persatuan pedagang

  • Perkembangan pesat dalam perdagangan telah meyebabkan muncul Persatuan Dagang di Jepun. Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang (guild) di pecan dan bandar-bandar besar.Sebagai contoh,orang Belanda menubuhkan Persatuan Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609.
  • Selain persatuan dagang,Persatuan Kewangan yang dikenali sebagai Mujinko juga ditubuhkan. Selain itu,pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di bandar-bandar besar di Jepun.

 

(4) Perkembangan sektor perlombongan

  • Perkembangan aktiviti perdagangan merangsang pertumbuhan kegiatan perlombongan di Jepun. Penggunaan mata wang dalam urus niaga menggalakkan kegiatan perlombongan di Jepun. Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas,perak,dan tembaga meningkat.

 

(5) Pengkhususan kerja

  • Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku pengkhususan kerja.Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti pertukangan,perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan artisan.
  • Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan teknologi dari Korea. Selain itu,orang Jepun juga melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi.

 

(6) Kemunculan kelas pedagang

  • Perkembangan pesat dalam sektor perdagangan menyebabkan muncul golongan pedagang di Jepun. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
  • Menjelang abad ke-17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi mengendalikan urusan perniagaan. Pedagang-pedagang Jepun menubuhkan persatuan pedagang di bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka.

 

(7) Perkembangan perindustrian

  • Menjelang abad ke-16, sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat. Antara industri yang berkembang pesat di Jepun ialah industri tekstil,tembikar,industri kertas dan barangan logam.
  • Menjelang abad ke-17, industri tembikar dan porselin  merupakan industri penting di Jepun.Begitu juga industri tekstil tekstil.Sebagai contoh,industri kain kapas berkembang di Kinai manakala industri sutera berkembang di Fukushima.

 

(8) Petempatan komuniti Jepun

  • Perkembangan pesat dalam kegiatan perdagangan,menyebabkan ramai pedagang Jepun tinggal menetap di Negara asing. Ini menyebabkan muncul petempatan masyarakat Jepun di Taiwan, Macao, Maluku, Filipina, Borneo, Siam dan semenanjung Tanah Melayu.
  • Rekod sejarah menunjukkan terdapat ramai orang Jepun yang meneetap di pelabuhan Hoi An (Vietnam) pada abad ke-17. Bagi menangani kehadiran ramai pedagang Jepun,pihak berkuasa pelabuhan Hoi An menubuhkan satu petempatan yang dikenali sebagai Nihomachi.

 

(9) Kemunculan bandar

  • Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan muncul bandar baharu di Jepun. Antara bandar-bandar baharu yang muncul di Jepun ialah Kyoto, Seto, Edo dan Osaka. Osaka merupakan pelabuhan bebas yang ditadbir oleh komuniti pedagang tempatan. Bandar-bandar ini muncul sebagai pusat perdagangan dan perindustrian di Jepun.

 

(10) Pelayaran

  • Masyarakat maritim di Jepun mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pelayaran, berkemahiran dalam ilmu astronomi,kartografi dan nautika serta mempunyai pengetahuan dalam pembinaan kapal layar. Mereka menerima pengetahuan dalam bidang perkapalan daripada pedagang barat seperti Portugal,S epanyol, British dan Belanda.
  • Pengetahuan yang tinggi dalam bidang pelayaran menyebabkan mereka melancarkan ekspedisi ke seberang laut. Menjelang abad ke-16, padagang-pedagang Jepun terlibat dalam kegiatan perdagangan di Asia Tenggara.

 

(11) Perkapalan

  • Masyarakat Maritim Jepun mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal layar untuk digunakan dalam aktiviti perdagangan jarak jauh. Meraka mempunyai kepakaran membina kapal yang dilengkapi dengan senjata yang dikenali sebagai Shuinsen. Kapal jenis Higaki dihantar ke Genna oleh seorang pedagang dari Sakai pada tahun 1619.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut barang dagangan seperti kapas,minyak,sake,dan lain-lain ke Edo
  • Kapal jenis Taru digunakan oleh pedagang dari Settsu untuk menghantar barang dagangan terus ke Edo.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut tong-tong yang mengandungi sake dan barangan lain selain sebagai alat pengangkutan utama sejak zaman kambun(1661-1672). Pada awal abad ke-17, lebih 124 buah kapal dagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam.

 

(12) Penyebaran agama Kristian

  • Paderi-paderi kristian daripada mahzab seperti Jesuit, Franciscan dan Dominican menyebarkan agama kristian di Jepun. Pada tahun 1582, terdapat 150 000 orang kristian dan lebih daripada 200 buah gereja di Jepun. Penganut agama kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan bangsawan.

 

(13) Pengaruh asing dalam bahasa Jepun

  • Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun. Umpamanya perkataan Portugis,iaitu pao (roti) dan bosan (butang). Perkataan Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun adalah jabon (sabun). Perkataan Belanda yang diterima dalm bahasa Jepun ialah doek (itik).

 

Penutup

  • Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu masyarakatJepun berkembang dengan pesat.
  • ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.