Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Perkembangan Masyarakat Maritim Yang Diamalkan Di Jepun

Contoh Karangan Perkembangan Masyarakat Maritim Yang Diamalkan Di Jepun

 

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim adalah sejurus zaman Renaisans dan revolusi agama di Eropah, berlaku Revolusi Perdagangan di Eropah. revolusi Perdagangan ini diketuai oleh negara-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
  • Negara Jepun, Revolusi Perdagangan hanya tertumpu pada negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara. Hal ini berikutan dasar pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintan Jepun.
  • Jepun hanya menjuruskan aktiviti perdagangan dengan negara China dan negaara-negara Asia Tengara bagi mengawal rakyatnya serta Diamyo-diamyo di bawah kekuasaan Shogan. Namun begitu, Jepun membuka pintu negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan yang terhad dan pelbagai peraturan dikenakan.

 

Isi-isi Penting:

(1) Era Pemerintahan Ashikaga

  • Ketika era Ashikaga, masyarakat Jepun telah melalui perubahan ekonomi. Perdagangan dan pusat pembuatan kertas, baranganlogam,tenunan dan sebagainya berkembang maju di selurauh negara. Perusahan tempatan turut b berkembang di Jepun. wujud pengeluaran berasaskan daerah di Jepun dan pemasaran antara daerah. Contohnya, pengeluaran kain kapas di KInai dab pengeliuaran ulat sutera serta alat tenunan di Fukushima,Yamanashi dan Gumma. Satsuma menjadi pusat pengeluaran gula yang kemudiannya dipasarkan ke selurh Jepun
  • Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga yang membenarkan POrugal berdagang di pelabuhan Nagasaki. pembukaan perdaganggan di Nagasaki telah menyebabkan peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.
  • Penduduk Jepun telah mengimport barabngan tropika dari Asia Tenggara, barangan pengeluaran dari China seperti sutera, tembikar, buku, lukisan, dan wang tembaga. Bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
  • Menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antaranya barangan termasuklah pedang, kipas berlipat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan yang tinggi di China.
  • Pedang buatan Jepun yang melengkung diperbuat daripada besi keluli yang bersadur dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang Damaskus atau Toledo telah mendapat permintaan yang tinggi dan dieksport dalam jumlah yang besar

(2) Era Pemerintahan Leyasu

  • Mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar. Ieyasu berharap dapat memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam pardagangan dan mahu melayan semua negara dengan saksama dan adil
  • Rentetan daripada perkembangan ekonomi perdangangan di Jepun , penggunaan mata wang tembaga telah digunakan secara meluas dan amat bernilai. Penggunaan mata wang im=ni telah menggantikan penggunaan beras dan kain sebagai cara berjual beli barangan di Jepun
  • Perkembangan perdagangan Jepun dengan negara luar seperti P0tugis, Sepany0l, British dan Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak.Keadaan ini menggalakkan industri perlombongan berkembang pesat dan pengeluaran emas, perak dan tembaga
  • Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara Barat,hubungan yang terjalin adalah terbatas. Buktinya, pedagang Belanda hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima sahaja. Malahan, mereka tidak dibenarkan mengadakan sebarang hubungan dengan rakyat Jepun kecuali pegawai-pegawai Jepun yang bertugas di PUlau Dashima

(3) Era Pemerintahan Tokugawa

  • Pertambahan hasil pengeluaran industri pada zaman Tokugawa telah membawa perkembangan pengeluaran dalam industri kesenian. Masyarakat Jepun terkenal dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan kesenian tembikar diajar oleh pembuatan tembikar Korea yang dibawa masuk oleh tentera Hideyoshi dan perkembangan menjadai industri penting di Jepun
  • Seterusnya, Industri teksil berkembang pesat dengan menghasilkan broked sutera yang cantik.Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang mempunyai nilai hiasan yang sangat indah.Keunikan barangan keluaran Jepun ini ialah dapat menyeimbangkan teknikal dan nilai-nilai estetika yang hampir tidak dapat ditandingi oleh dunia moden
  • Perdagangan dengan negara luar telah diharamkan dan semua perdagang diusir keluar dari Jepun kerana pemerintahan Tokugawa mengambil keputusan mengamalkan dasar pemencilan dari dunia Jepun.Perlaksanaan arahan di keluarkan . Arahan pada tahun 1633, melarang kapal-kapal Jepun meninggal negara kecuali mempunyai lessen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, rakyat Jepun dilarang meningal kan negara kecuali mendapat kebenaran daaripada Keshogunan Tokugawa dan rakyat Jepun yang tinggal di luar akan di hokum bunuh jika mereka pulang ke Jepun. Arahan tahun 1635, mengaharamkan semua kapal Jepun belayar ke seberang laut dan rakyat Jepun dilarang keluar negara.Araahan tahun 1639, menharamkan perdagangan asing dan menutup negara Jepun dengan negara luar.

 

Penutup

  • Perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun Tokugawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.