Panduan Menjawab Sejarah STPM 940
Jawapan Calon Perlu merangkumi Isi PES iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial. (terutamanya bagi soalan: faktor-faktor, kesan-kesan, ciri-ciri, perubahan-perubahan, langkah-langkah, perbandingan, persamaan, perbezaan, sumbangan, kemajuan, pembangunan, perkembangan, tujuan, peranan, pengaruh, perlaksanaan, hikmah, kepentingan dll). Elemen-elemen utama utama dalam Politik, Ekonomi dan Sosial.
Politik
§  Sistem Pemerintahan dan Peranan Pemerintah – Beraja, Feudal, Empayar, Negara Kota, Negara Bangsa
§  Pentadbiran sistematik dan tersusun
§  Penaklukan dan penjajahan – wilayah / tanah jajahan dll
§  Penguasaan / perubahan politik / Peranan Perang
§  Peranan Raja / Putera Raja / Bangsawan
§  Hubungan diplomatik
Ekonomi
§ Sistem ekonomi perdagangan, pertanian, Sistem Barter, sara diri, kewangan dan perbankan
§  Kemudahan Infrastruktur – gudang, pengumpulan, Pelabuhan
§  Perhubungan dan pengangkutan
§  Cukai, Pengurusan perdagangan
§  Kesatuan Dagang, Peranan pedagang
§  Kedudukan strategik, laluan perdagangan
§  Sistem mata wang dan penggunaannya
§  Penghasilan barangan dan perkhidmatan
§  Pentadbiran perniagaan, perdagangan
Sosial
§  Organisasi sosial, struktur sosial, susun lapis, etnik
§  Gaya Hidup, Nilai-nilai, norma-norma sosial, peraturan sosial
§  Hubungan Sosial, kuasa, status sosial
§  Pengkhususan kerja, Petempatan kekal dan  urbanisasi
§  Institusi Kebangsaan – bahasa, budaya, tentera dll
§  Doktrin, Kepercayaan dan agama
§  Sistem,  Dasar dan Institusi Pendidikan
§  Kemajuan dan Pembangunan pendidikan
§  Sumbangan Perkembangan dan  Intelektual: Falsafah, Undang-undang, perubatan,  seni bina, seni muzik, kesusasteraan
§  Kemajuan Sains dan teknologi
§  Kemajuan Pemikiran, idea dan  aliran
§  Idea-idea dan pemikiran agung
§  Peranan Tokoh, sarjana, ahli Intelektual