Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Faktor / Punca berlakunya kemelesetan ekonomi Malaysia

Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia memberi kesan kepada Malaysia terutama dari segi ekonomi. Apakah faktor berlakunya kemelesetan ekonomi dan langkah yang diambil oleh Malaysia dalam mengatasi kesan yang dihadapi.

Faktor / Punca berlakunya kemelesetan ekonomi Malaysia

1. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu

  • Kegawatan ekonomi duinia yang berlaku akhir tahun 2008 di Amerika Syarikat telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
  • Dunia kini sedang mengalami gelora ekonomi yang bermula daripada krisis kewangan subprima Amerika Syarikat turut menjejaskan ekonomi negara maju yang lain seperti negara-negara Eropah, Jepun, China, Singapura, dan tidak ketinggalan Asia Tenggara mula menerima kemelesetan ekonomi.
  • Malaysia yang mengalami ekonomi terbuka turut menerima tempias akibat daripada krisis ekonomi global tersebut.
  • Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku keempat hanya 0.1% berbanding 4.7% pada suku ketiga tahun 2008.


2. Penurunan harga komoditi minyak

  • Penurunan mendadak harga komoditi minyak, gas, dan kelapa sawit serta pasaran saham turut menjejaskan ekonomi Malaysia.
  • Sebagai contohnya, hal ini demikian kerana Malaysia merupakan negara yang banyak eksport kelapa sawit. Oleh sebab itu, apabila harga kelapa sawit menurun, tentunya keuntungan kepada negara akan berkurang secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara.


Kesan kemelesetan ekonomi Malaysia


1. Penurunan eksport dan kurang pelaburan asing

  • Ekonomi negara yang meleset tentunya akan menjejaskan eksport keluar.
  • Pelabur asing tidak akan melabur kerana tidak beruntung.
  • Pada tahun 2009, eksport Malaysia jatuh sebanyak 27.8% pada bulan Januari, manakala pelaburan langsung (FDI) hanya mencatat RM26 bilion iaitu hanya separuh daripada nilai pada tahun 2008 iaitu sebanyak RM51 bilion.

2. Penganguran meningkat

  • Kemelesetan ekonomi yang melanda ini turut memberi kesan kepada guna tenga dalam sektor pembuatan terutamanya industri elektrik dan elektronik.
  • Mereka terpaksa diberhentikan kerana permintaan dari luar negara terhadap industri tersebut berkurangan.


  • Kadar pemberhentian pekerja telah meningkat berikutan kemerostan permintaan produk dan perkhidmatan yang dihadapi oleh pihak industri.


Langkah-langkah mengatasi kemelesetan ekonomi


1. Peranan kerajaan dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi iaitu

  • Kerajaan harus mencari mingkatkan kedudukan ekonomi pada paras yang stabil supaya Keluaran Dalam Negara Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih positif. Bagi mengatasi masalah pembuangan pekerja, pengangguran, upah ang rendah, dan masa kerja yang disingkatkan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 billion untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat.
  • Melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM), kerajaan telah melaksanakan Program Penempatan Pekerjaan, 'Train and Place Program', 'Community Employment Support Program', 'Jobs Placement Program', 'National Dual Training Program', 'Skill Development Fund', dan 'Self Employment Program' bagi mengatasi masalah pengangguran yang berlaku.
  • Kerajaan telah melaksanakan liberalisasi dalam sektor perkhidmatan iaitu sebanyak 27 subsektor seperti bidang kesihatan, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer, dan bidang-bidang lain.
  • Liberalisasi sektor perkhidmatan membolehkan Malaysia lebih berdaya saing dengan pemindahan teknologi, kepakaran, pengetahuan, dan kaedah pengurusan dengan syarikat luar.
  • Kerajaan juga melaksanakan liberalisasi sektor kewangan.Tindakan ini sejajar dengan objektif yang ditetapkan oleh sektor kewangan untuk melahirkan sektor kewangan yang berdaya tahan, cekap dan pelbagai.Langkah liberalisasi mampu meningkatkan taraf hidup rakyat kerana pelbagai peluang pekerjaan di dalam negara dapat diwujudkan.
    Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang berjumlah RM60 billion bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.
  • Antara teras Pakej Rangsangan Kedua ialah mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, meringankan beban raktat terutama golongan mudah terjejas, membantu sektor swasta menghadapi krisis, membina keupayaan masa depan.Dengan langkah-langkah yang diambil dlam PRE-2, pertumbuhan KDNK negara dijangka meningkat secara positif.

2. Tanggungjawab pihak Majikan

  • Pihak majikan telah mengambil langkah memberhentikan pekerja sebagai cara terbaik untuk mengurangkan kos dan meminimkan kerugian.
  • Perancangan dan pengurusan yang proaktif oleh majikan membolehkan pekerja tidak diberhentikan sebaliknya majikan mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan mencari peluang di sebalik krisis kewangan yang berlaku.
  • Terdapat majikan yang melaksanakan skim potongan gaji kakitangan antara 10 hingga 20% ketika krisis kewangan berlaku.

Penutup

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi akibat kemelesetan ekonomi supaya Malaysia dapat berkembang maju secara mampan.