Penggunaan Kaedah Menjawab 5W1H
Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17.
Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.
Kenapa (Why)
Kenapa (Why)
Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan.
Bagaimana (How)
Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin.
Siapa (who) Bila (When) & Dimana(where)
Catatan sejarah mengatakan bahawa feudalism yang terbentuk di Eropah Barat seperti England dan Jerman bermula selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M.
Ulasan / Penyata Soalan
Terdapat struktur masyarakat Feudal diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17 yang terdiri daripada golongan pemerintah dan yang diperintah.
Bagaimana (How)
Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin.
Siapa (who) Bila (When) & Dimana(where)
Catatan sejarah mengatakan bahawa feudalism yang terbentuk di Eropah Barat seperti England dan Jerman bermula selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M.
Ulasan / Penyata Soalan
Terdapat struktur masyarakat Feudal diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17 yang terdiri daripada golongan pemerintah dan yang diperintah.
KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN
DAN CONTOH
Apa (What)
Raja mempunyai Kedudukan
tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti di England. Dinasti Tudor (1485-1603)
mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada
tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan.
Kenapa (Why)
Raja hanya bertanggungjawab dalam
menjalankan pemerintahan kepada rakyat. Rakyat tidak mempunyai hak dan suara
dalam pemerintahan kerana kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan
oleh Tuhan. Rakyat memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja.
Bagaimana(How)
Raja-raja masih menghormati
prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka,
pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa
pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima
idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan.
(who, where, when)
Era pemerintahan Raja Henry VII
(1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan
berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Tindakan berikut dilakukan oleh
Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya
Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan
Pengekalan tentera persendirian.
KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN
Apa (What)
Kesimpulannya, Sistem masyarakat
feudal di England terbahagi kepada 2 golongan iaitu pemerintah dan yang
diperintah.
Huraian Apa?
Golongan ini adalah terdiri
daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada
golongan knight dan rakyat biasa.
Kenapa (Why)
kedudukan seseorang individu
dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan
pemerintah ke atas golongan bawahan di England.
Futuristik atau sosial.
Susun lapis masyarakat ini telah
mengalami perubahan apabila masyarakat terlibat secara langsung dalam revolusi
perindustrian yang berlaku di Britain