Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Struktur masyarakat Feudal di England-Abad ke-16 hingga 17

Contoh Karangan Struktur masyarakat Feudal di England-Abad ke-16 hingga 17



Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di negara England pada abad ke-16 hingga ke-17.

Pendahuluan
  • Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.



  • kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf

Isi-Isi Penting:
1.   Golongan Raja 
  • Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603). Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja-raja mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah meliputi pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja. 

  • Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah mi memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan.



  • Dasar pemerintahan Raja Henry VII: Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.
2.  Golongan Bangsawan atau Baron
  • Golongan Bangsawan atau Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron dan vassal. Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau serf yang mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan bangsawan. Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.



  • Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan.

  • Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam golongan bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang memerintah England. Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh England.  Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada raja tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja.
3.   Golongan Knight
  • Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja. Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.



  • Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.



  • Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.
4.   Golongan Rakyat biasa
  • Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan Berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain.




  • Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Pada abad ke- 16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada man tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.
5.   Golongan Paderi
  • Golongan Paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. pada abad ke-12 dan 13 M hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.

  • Boshop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campurtangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah). 



Penutup

  • Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat biasa.  kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England. 

  • Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.