Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di England.

Contoh Karangan Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di England.



Pendahuluan
  • Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan susunan sosial masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah. Selain benua Eropah, masyarakat feudal muncul di Jepun sekitar abad ke-14 dan 15 .
  • Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri . 

Isi-Isi Penting

1. Kedudukan Raja
  • Munculnya sistem pemerintahan monarki mutlak di England pada abad ke-16 dan 17. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan  dan kehakiman. Raja juga mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Seseorang raja mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan kedudukannya.
  • Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan. peperangan sering berlaku antara wilayah. Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.


2. Kemerosotan Pengaruh Bangsawan
  • Pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot menjelang abad ke-16 dan 17. Kedudukan raja semakin kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam bidang ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir muncul apabila berlaku kemerosotan pengaruh bangsawan . 
  • Mereka menerima gaji daripada raja kerana membantu mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran. Mereka juga terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan dalan pentadbiran .

3. Kedudukan Knight
  • Golongan knight memainkan peranan dalam bidang ketenteraan. Tanggungjawab mereke ialah mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda daripada raja dan golongan bangsawan .  
  • Menjelang abad ke-16 dan 17 peranan dan kedudukan mereka mula berubah kerana pemerintahan England tidak perlu lagi bergantung kepada khidmat mereka untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh . 
  • Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaan sendiri. Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja malah golongan petani dan rakyat biasa juga boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan tentera.


4. Kewajipan Peribadi
  • Wujud hubungan peribadi antara lord (tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah). Hubungan antara kedua pihak tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi perlindungan manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera .
  • Berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan pada abad ke16 dan 17. Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan . 

5. Mobiliti Sosial
  • Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan merupakan masyarakat yang bersusun lapis. Setiap lapisan mempunyai kedudukan ekonomi , politik , dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.
  • Perubahan dalam bidang politik , ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17, mewujudkan mobiliti sosial dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan.   Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Ini menyebabkan muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat .


6. Ekonomi
  • Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampong yang dikenali sebagai manor. Kegiatan konomi bergantong kepada aktiviti pertanian. Manor menjadi asas ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk raja.
  • kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri. perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dkendalikan secara sistem barter.

7. Agama
  • Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah. Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal. 
  • Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.


Penutup
  • Dalam konteks ini, satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan tentera . 
  • Masyarakat feudal mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek sosial , politik  dan ekonomi .