Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Karangan Kesan Penggunaan Tenaga Kerja Asing ( Sumbangan dan Impak negatif )

Pengenalan.   

 

Pertumbuhan ekonomi negara memerlukan banyak tenaga kerja. Justeru, sumbangan tenaga kerja asing diperlukan untuk memastikan kemajuan negara tercapai. Keadaan ini, boleh menimbulkan pelbagai impak negatif kepada negara.


SUMBANGAN

Mengisi kekosongan tenaga kerja  

  • Sektor perindustrian, perkhidmatan ,pertanian dan perladangan, memerlukan tenaga     kerja asing.
  • Sikap segelintir rakyat tempatan memilih kerja, menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh, maka guna tenaga penuh tidak tercapai. 
  • kekosongan ini, diisi oleh tenaga kerja asing yang sanggup bekerja dengan kadar upah yang rendah.

 

Meningkatkan produktiviti. 

  • tenaga kerja asing separuh mahir/tidak mahir diperlukan dalam sektor perladangan: contoh kelapa sawit. 
  • mereka akan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh majikan, tanpa sebarang rungutan. 
  • hal ini akan menyebabkan produktiviti meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara.

 

Perkongsian pintar dalam teknologi. 

  • tenaga kerja asing daripada negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, dapat berkongsi kepakaran dengan pekerja tempatan. 
  • pemindahan teknologi terkini berlaku secara terus dan dapat menjimatkan kos. 
  • pihak majikan tidak perlu menghantar pekerja tempatan untuk berkursus di luar negara.

 

Budaya kerja berkualiti

  • amalan ini dapat diterapkan kepada pekerja tempatan  
  • mampu melahirkan pekerja tempatan yang mempunyai wawasan, berintegriti, akauntabiliti, kreatif dan inovatif

  

IMPAK NEGATIF 

Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan  

  • kedatangan tenaga kerja asing telah menyukarkan tenaga kerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.  
  • majikan lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada tenaga kerja asing kerana kadar upah yang rendah (seperti buruh ladang dan pembinaan). 
  • kadar pengangguran negara meningkat  
  • menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan 

 

Peningkatan pelbagai masalah sosial  

  • kes jenayah meningkat kerana kebanyakan tenaga kerja asing kurang mahir dan tidak mahir, cenderung untuk terlibat dalam kes jenayah seperti pecah rumah, merompak , membunuh, pemalsuan dokumen, dan pergaduhan, kerana upah yang diterima tidak dapat menampung kos hidup mereka. 
  • hal ini akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam . 
  • aktiviti pelacuran / perdagangan seks meningkat, kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan permit yang diberi.

 

Penyebaran penyakit berjangkit/ berbahaya     

  • penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak mengambil suntikan /vaksin pencegahan penyakit berjangkit ini. 
  • ada dalam kalangan mereka juga merupakan pembawa HIV dan Hepatitis 
  • persekitaran tempat tinggal yang kotor dan sesak juga turut mempercepatkan perebakan penyakit berjangkit ini.

 

Pengaliran wang keluar meningkat

  • sebahagian besar pendapatan mereka dihantar ke negara asal. 
  • keadaan ini menyebabkan pengaliran mata wang negara, keluar tanpa kawalan 
  • seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara. 

 

 Penutup

Kita tidak menafikan bahawa  tenaga kerja asing juga turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi  negara . Namun, dalam masa yang sama pihak kerajaan wajar mengawal pengambilan tenaga kerja asing agar hak rakyat tempatan untuk memperoleh pekerjaan tidak dipinggirkan. Tapisan yang ketat juga perlu dilakukan untuk memastikan kehadiran mereka ini tidak menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.