Antara kesan-kesan yang dapat kita perolehi daripada sambutan hari kemerdekaan.
Individu- Dapat memupuk semangat patriotisme/cinta akan negara dalam diri
Dengan
menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman
itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara
ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan
menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan
dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis
sambutan tersebut secara langsung.
- Dapat mengukuhkan jati diri
Sejak
akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati
diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan
sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang
sanggup memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah
yang lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan
negara Dunia Ketiga lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak
menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula
mencemarkan nama negara di persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri
sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan
jati diri.
Masyarakat
- Dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum
Umum
mengetahui bahawa Melayu,Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita
selain kaum Kadazan,Bidayuh,Iban,Melanau dan lain-lain yang menjadi kaum
minoriti.Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua
kaum ini bersatu padu,bekerjasama dan bertoleransi.Melalui Sambutan Hari
Kemerdekaan,semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan Hari Kemerdekaan negara
yang kita cinta ini..Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi,saling
menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk
dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara.
- Dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat
Hubungan
antara masyarakat perlu dieratkan supaya mereka akan sentiasa bersatu padu dan
berganding bahu semasa melakukan sesuatu.Kerjasama amat penting untuk
menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan.Apabila hubungan antara masyarakat
menjadi erat,mereka akan sentiasa berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
yang sukar diselesaikan.
Negara
- Imej negara akan meningkat
Rakyat
Malaysia yang sentiasa bersatu padu dapat meningkatkan imej
negara.Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang
aman, harmoni dan sejahtera.Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing
ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur
di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara
sekaligus menjana ekonomi negara.
Baca juga: Esei/ Karangan Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos
Baca juga: Esei/ Karangan Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos