Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Sumbangan aplikasi sains dalam sektor pertanian

Sumbangan 

Bioteknologi
  •   Menghasilkan penemuan baka baru dalam bidang pertanian (MARDI).
  •   Penggunaan teknologi berasaskan nuklear mampu menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu (mutasi aruhan)
  •   Daya ketahanan yang tinggi, lebih berkualiti dan berupaya mengeluarkan hasil dalam jangka masa singkat.
  •   Ketahanan terhadap penyakit, cepat membesar, cepat matang.


Penggunaan teknologi moden 
  •   Penggunaan jentera moden dalam proses membajak,menanam menuai dan sebagainya.
  •   Membolehkan tanah diusahakan dalam skala besar - mudah dan cepat
  •   Produktiviti penanaman dan penternakan akan meningkat. 
Pemuliharaan tanah
  •   Tanah yang tidak subur dapat dipulihkan menggunakan kaedah moden
  •   PH tanah disesuaikan dengan tanaman tertentu.
  •   Kandungan dan struktur tanah yang tidak subur  dipulihkan dengan mencampurkan kapur dan garam mengikut keperluan tanaman
  •    Penciptaan baja kimia dan baja organik dapat menyuburkan tanah dan meningaktkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sektor pertanian


Sistem pengairan yang sistematik  
  •   Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti.   
  •   Sistem pengairan menggunakan teknologi moden dapat memastikan bekalan air mencukupi.
  •   Pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.
  •   Bekalan air dapat dikawal.
 Kawalan makhluk perosak
  •   Penggunaan racun serangga dapat mengurangakan kehilangan hasil pertanian
  •   Menggunakan kaedah kawalan biologi dapat menangani perosak dan mengurangkan              kehilangan nutrien serta memelihara struktur tanah.


Teknologi sinaran makanan
  •   Penggunaan teknologi pengionan terhadap hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat memastikan hasil tanaman tahan lebih lama
  •   Sinaran gama dipancarkan pada hasil buah-buahan dapat membunuh mikrorganisma yang berada diluar atau didalam buah-buahan memastikan hasil tidak mudah rosak
Kaedah penyimpanan dan pembungkusan 
  •    Ciptaan sains seperti penggunaan peti sejuk dapat memastikan hasil-hasil pertanian dapat   disimpan dan tahan lebih lama
  •  Teknik pembungkusan menggunakan kaedah vakum dapat memastikan        mikrorganisama/bacteria tidak dapat membiak dan merosakkan hasil tanaman