Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Faedah dan keburukan Penggunaan Gajet

Teknologi maklumat semakin canggih pada masa kini. Pengeluaran pelbagai gajet telah merubah sebahagian besar aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan jenama, televisyen dan sebagainya telah memudahkan lagi kehidupan manusia seharian.
 
Faedah penggunaan gajet

Maklumat diperoleh dengan mudah
  • Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan gajet melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu.
  • Pengguna boleh menggunakan Internet melalui telefon pintar untuk mengakses maklumat dengan cepat dan pantas.
Memudahkan perhubungan
  • Oleh sebab perkembangan teknologi maklumat, jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar telah dapat dikurangkan.
  • Syarikat-syarikat komunikasi telah menyediakan capaian tanpa wayar di kawasan luar bandar untuk memudahakan komunikasi.
  • Maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.
Menjana pendapatan
  • Pengguna dapat melibatkan diri dalam perniagaan atas talian (online).
  • Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat melalui email dan katalog jualan juga boleh dihantar kepada pembeli dengan segera untuk pengesahan jualan.
  • Peniaga dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi dengan adanya kemudahan Internet.
Memudahkan kegiatan seharian
  • Segala urusan dapat dilakukan secara atas talian.
  • Sebagai contohnya, urusan seperti pembayaran bil-bil atau cukai dapat diakses dengan cepat dan mudah.
  • Masa dan tenaga dijimatkan.

Kesan negatif penggunaan gajet

Penyebaran fitnah
  • Pengguna mengakses internet di lokasi yang lebih luas, dan menggalakkan lagi penyebaran fitnah.
  • Maklumat yang berbentuk fitnah mudah disebarkan kepada orang ramai. Lebih serius lagi, hal ini boleh berlaku juga dalam kalangan pemimpin dari segi politik.
Penipuan mudah berlaku
  • Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui gajet.
  • Sesetengah pengguna ditipu melalui pembelian barangan secara talian yang tanpa jaminan.
  • Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.
Kurangnya interaksi sosial
  • Pengguna yang taksub kepada gajet akan menghabiskan masa banyak masa sendirian
  • Kesannya hubungan antara ahli keluarga dan jiran terabai.
  • Mereka kurang keluar dari rumah untuk bersosial.
Kesihatan terjejas
  • Penggunaan gajet terlalu lama akan menjejas kesihatan.
  • Hal ini demikian berlaku pengguna taksub kepada gajet sehingga lupa makan atau menjadi malas untuk melakukan aktiviti di luar.Sebagai contohnya bersenam dan beriadah.
  • Mata akan rosak kerana lama tertumpu kepada gajet.
Kesimpulannya, kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan baik supaya tidak memudaratkan pengguna. Oleh itu, semua pihak harus megawal penggunaan gajet untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.