Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Sumbangan atau kepentingan pengangkutan awam

Pengangkutan awam sangat diperlukan oleh sesebuah negara. Kelemahan dalam mengendalikannya akan menggangu perkembangan pembangunan negara tersebut. Apakah sumbangan pengangkutan awam dan masalah yang dihadapi dalam sektor pengangkutan awam?


Sumbangan atau kepentingan pengangkutan awam

Mengelakkan atau mengurangkan kesesakan lalu lintas 
  1. Penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan
  2. Memberikan keselesaan kepasa orang ramai berurusan di bandar

Menjimatkan kos dan masa pengguna 
  1. Mengurangkan masa perjalanan dan masa berurusan dapat dipercepatkan
  2. Tambang pengangkutan awam lebih murah berbanding penggunaan kenderaan persendirian

Membantu pembangunan ekonomi 
  1. Jaringan sistem pengangkutan yang cekap dapat memudahkan urusan dan perkhidmatan
  2. Pemangkin pertumbuhan ekonomi dan industri kerana keyakinan pelabur asing untuk membuat pelaburan
  3. Dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi

Mengurangkan kesan ke atas alam sekitar
 
  1. Mengurangkan pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas beracun seperti karbon
  2. Sebagai contoh, monoksida dan sulphur dioksida
  3. Mewujudkan persekitaran yang mesra alam, tiada pencemaran udara, dan bunyi

Masalah yang dihadapi dalam sektor pengangkutan awam


Kekurangan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam
 
  • Jumlah pengangkutan awam yang tidak mencukupi terutama bas.
  • Kekurangan kemudahan di stesen / terminal, hentian bas.
  • Kemudahan tidak diselenggara dengan baik.
  • Ketidakselesaan kepada pengguna.
  • Ketidakcukupan pengangkutan awam yang sedia ada.

Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap 
  • Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak menepati jadual.
  • Kekerapan perjalan tidak menentu menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang perjalanan mereka.
  • Seringkali tergendala akibat kecuaian pengurusan

Kepercayaan pengguna kepada pengangkutan awam
 
  • Kenderaan awam tidak mementingkan aspek keselesaan dan keselamatan
  • Sikap pemgurusan yang mengutamakan keuntungan daripada kebajikan pengguna

Kesimpulannya, pengangkutan awam amat perlu kepada rakyat jelata terutamanya earga kota. Kegagalan pihak kerajaan menangani masalah pengangkutan awam akan menyebabkan kepercayaan kepada kerajaan semakin terhakis.