Pendahuluan
- Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yang membuatkan era baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing).
- Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi tertinggi diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada sejarah perjalanan China.
Isi-isi
penting
Isu
perdagangan
- Pedagang barat terutamanya British mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda jika mereka menjalankan perdagangan dengan Negara China tetapi impian mereka tidak kesampaian disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu atau disebut dasar pemencilan . Masyarakat China mempunyai pandangan yang negatif terhadap perdagangan dan menganggap perdagangan sebagai pekerjaan yang hina. Justeru, perdagangan tidak digalakan terutama dengan kuasa-kuasa barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri.
- Pemerintaha China mengenakan pelbagai sekatan keatas pedagang asing. Pedagang asing dibenarkan sebagai Co-hong.Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co-hong .
Isu
candu
- Perdagan barat dengan China lebih menyebelahi pihak China. Pihak British cuba membawa barang mereka dari India dengan memperkenalkan barangan tekstil di China tetapi gagalmenembusipasaran China. Mereka amat memerlukan eh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Keengganan China membeli barang dari britian menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan kerajaan British. Oleh yang demikian bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah itu ,pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari IIndia.
- Candu kemudiannya menjadi barang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan bangsawan atau atasan.
- Kemasukan Candu mengakibatkan pengaliranwang keluar yang banyak .Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi China.Pada tahun 1838,Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perdagangan candu.
Isu
perundangan
- Isu perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan hubungan China dengan kuasa-kuasa Barat. Mengikut prinsip keadilan China “seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”.
- Falsafah undang-undang di China berbeza dengan falsafah undang-undang barat. Undang-undang barat berdasarkan konsep “tanggungjawab individu” manakal China pula “doktrin tanggungjawab berkumpulan” diamalkan.
Isu
agama Kristian
- Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pendalaman dan luar dari Canton. Ramai rakyat China Berjaya dikristiankan.
- Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang China yang berpegang kepada kepecayaan nnek moyang,Confucius,dan Taoisme.
Isu
kawasan petempatan orang asing
- Mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintahan China. Penduduk hanya perlu membayar pajakan kepada China. Di wilayah pajakan ini, orang asing membentuk majlis perbandaran mereka sendiri, undang-undang, mahkamah, polis dan pasukan pertahanan awam.
- Pihak British dan Amerika Syarikat bersetuju menggabungkab wilayah konsensi mereka kepada satu pentadbiran. Kuasa Barat juga menceroboh secara langsung wilayah China. Pengambilan Hong kong oleh British, Macau oleh Portugis, China juga menghadapi masalah pencerobohan Rusia di lli, singkiang.
Isu
Pengenalan teknologi Barat.
- Pengenalan teknologi barat di China telah menyebabkan pengganguran berlaku dalam masyarakat China dalam jumlah yang ramai.Pengenalan teknik baharu dalam bidang perlombongan mempercepatkan penggunaan sumber alam yang jumlahnya terhad.
- Sarjana China percaya bahawa barat tidak ikhlas mengajar. Mereka juga percaya bahawa pengenalan teknologi Barat hanya membawa keuntungan jangka masa pendek sahaja.
Penutup
- Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China terpaksa diperintah oleh kuasa Barat.