Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Kesan Sambutan Hari Kemerdekaan

Karangan SPM- Kesan Sambutan Hari Kemerdekaan


Individu

  • Dapat memupuk semangat patriotisme/cinta akan negara dalam diri

Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.


  • Dapat mengukuhkan jati diri

Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia Ketiga lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama negara di persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri.

Masyarakat

  • Dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum

Umum mengetahui bahawa Melayu,Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Kadazan,Bidayuh,Iban,Melanau dan lain-lain yang menjadi kaum minoriti.Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini bersatu padu,bekerjasama dan bertoleransi.Melalui Sambutan Hari Kemerdekaan,semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan Hari Kemerdekaan negara yang kita cinta ini..Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi,saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara.



  • Dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat

Hubungan antara masyarakat perlu dieratkan supaya mereka akan sentiasa bersatu padu dan berganding bahu semasa melakukan sesuatu.Kerjasama amat penting untuk menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan.Apabila hubungan antara masyarakat menjadi erat,mereka akan sentiasa berganding bahu untuk menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan.

Negara

  • Imej negara akan meningkat

Rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu padu dapat meningkatkan imej negara.Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekaligus menjana ekonomi negara.