Dalam
era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas.
Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia.
Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya
maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu
mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Intemetjuga menawarkan kemudahan
e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai implikasi.
Masyarakat
berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak di
bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan
hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang
berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini
membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.
Internet
banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan
atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya. Misalnya, kini
RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat
setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus.
Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan
melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan
berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang
pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun perniagaan,
dapat menghubungi pihak sasarannya.
E-mel
pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan
hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi digital optik fiber
menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan
telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke
seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat sambungan
Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi.
Internet
juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat
dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja.
Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan
menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi
dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan
yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat
dan dari universiti di seluruh dunia.
Internet
bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat
membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh
menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan
sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan
menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita.
Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada
nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial
mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi
lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
Internet
juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer
dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi
laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk
memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual
kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan
data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu
melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak
yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka
mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran
penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai
skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan
dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat
berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan
Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu
berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang
dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan.
Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya.
Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam
Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan
tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan
sesama manusia.
Ledakan
teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan
ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru,
bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya.
Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet.
Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui
Internet.