Kejayaan dalam bidang pendidikan semata-mata tidak menjamin seseorang.
Kejayaan
hidup biasanya dikaitkan dengan keupayaan seseorang mencapai status tinggi dari
segi ekonomi dan sosial. Ketenangan dan kebahagiaan jiwa juga dianggap unsur
penting dalam kehidupan seseorang yang berjaya. Seseorang itu dikatakan berjaya
dalam pendidikan jika dia dapat melanjutkan pendidikannya sehingga menjadi
seorang yang berilmu dalam bidangnya. Sememangnya, kejayaan dalam bidang
pendidikan tidak dapat menjamin kebahagiaan dan kejayaan hidup secara mutlak.
Keadaan ini demikian memandangkan kebahagiaan dan kejayaan hidup juga
bergantung pada faktor-faktor yang lain.
Sememangnya,
salah satu faktor yang menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang ialah
kejayaan dalam pendidikan. Biasanya, seseorang yang berjaya dalam pendidikan
formal mempunyai masa depan yang lebih cerah. Banyak peluang pekerjaan yang
menawarkan suasana kerja yang lebih selesa dan pulangan yang lumayan terbuka
untuknya. Misalnya, jawatan profesional seperti akauntan, doktor, peguam,
jurutera, pakar perunding, dan sebagainya. Mereka dianggap berjaya kerana
mencapai tingkat ekonomi dan sosial yang tinggi. Golongan ini juga dikagumi dan
dihormati masyarakat. Hidup mereka juga jauh lebih senang daripada orang lain.
Namun
kejayaan hidup juga boleh dicapai melalui pengalaman. Pengalaman akan
menjadikan seseorang mahir dan matang serta bervisi jauh. Tanpa pendidikan,
seseorang juga akan berjaya jika gigih menimba pengalaman. Sebagai contoh,
Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjaya membawa filem Melayu ke
puncak kegemilangan melalui pengalamannya.
Begitu
juga halnya dengan jutawan dan dermawan mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yang
miskin dan buta huruf ketika kecil, tetapi akhimya dapat menguasai pasaran
motosikal di Malaysia. Dalam bidang pemiagaan pula, peniaga yang berpendidikan
tinggi tetapi kurang pengalaman mungkin kalah kepada mereka yang bermula
daripada perniagaan kecil tetapi menggarap pengalaman hingga memiliki badan
korporat. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kejayaan dalam pendidikan bukan
faktor yang mutlak.
Kejayaan
hidup juga bergantung pada faktor sikap. Sikap pantang kalah, optimistik,
sabar, dan sentiasa ingin membaiki diri serta bersih, cekap, dan amanah juga
merupakan kunci kejayaan hidup. Banyak siswazah yang menganggur kerana mereka
tidak bersedia untuk bekerja keras, sebaliknya hanya menunggu durian runtuh
sahaja. Banyak juga golongan profesional yang dihormati akhimya meringkuk dalam
penjara kerana melakukan jenayah kolar putih. Golongan berpendidikan tinggi
tetapi tidak sayang akan diri akhirnya terjebak dalam kancah dadah dan arak.
Sememangnya, kehidupan mereka tidak bahagia. Bekas Perdana Menteri Malaysia,
Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjual pisang goreng. Namun, beliau telah
menjadi pengamal perubatan dan seterusnya tokoh politik yang memimpin Malaysia
dengan cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa faktor pendidikan bukan faktor
tunggal yang menjamin kejayaan hidup. Sebaliknya, faktor sikap juga memainkan
peranan penting.
Keutuhan
imanjuga merupakan teras kebahagiaan dan kejayaan seseorang. Kekayaan yang
melimpah tidak akan memuaskan seseorang jikalau nafsu tamak dan haloba
menguasai diri dan fikiran mereka. Oleh itu, dia tidak akan bahagia kerana
menginginkan kekayaan yang lebih banyak. Keluarga yang porak-peranda dan
menyiksa jiwa berpunca daripada kekurangan keimanan. Keganasan rumah tangga
berlaku kerana ketua keluarga kurang pegangan agama. Keluarga yang
berpendidikan tinggi juga akan menjadi tempat berlakunya keganasan jika tidak
mempunyai didikan agama yang secukupnya. Semua ini menjadi penghalang bagi
seseorang mengatur hidupnya. Malah konfiik yang timbul mungkin mendorong
seseorang tidak berani meneruskan hidupnya, lalu mengambil jalan mudah dengan
membunuh diri. Jadi pegangan agama yang utuh membolehkan kita mencari
ketenangan dan kebahagiaan hidup.
Suasana
juga turut mempengaruhi kejayaan hidup seseorang. Suasana yang dimaksudkan
ialah suasana masyarakat dan negara. Masyarakat yang runtuh nilai moralnya akan
menjadi tapak pembiakan kes-kes jenayah, maksiat, penagihan dadah, dan wabak
AIDS yang tiada ubat penawamya. Kewujudan pelbagai masalah yang tersebut menyebabkan
setiap ahli masyarakat akan terancam. Dalam negara yang huru-hara, peperangan
akan meragtit bukan
sahaja
harta benda malah nyawa manusia. Pada masa itu, pendidikan yang tinggi sejauh
mana pun tidak lagi bererti dan tidak dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Jelaslah
bahawa kejayaan cemerlang dalam pendidikan bukanlah faktor penentu yang mutlak
dalam menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang. Lebih-Iebih lagi dalam
zaman yang penuh dengan segala macam cabaran ini. Sesungguhnya memang lebih baikjika
kita berpendidikan tinggi. Namun kita juga memerlukan didikan agama, sikap
positif dan keimanan untuk mencapai kehidupan yang bahagia dan berjaya.