Karangan SPM- Langkah-langkah menyemai sikap kejiranan (SPM 2016)
Soalan
Tradisi kejiranan yang telah diamalkan oleh masyarakat silam berjaya membendung anasir yang tidak baik seperti penganiayaan dan penderaan kanak-kanak Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menyemai sikap tersebut semula dalam kalangan masyarakat (Ruj. Teks Tkn 4, Unit 1 Bhg 3).
Pendahuluan:
Peribahasa Melayu selalu menempelak sikap golongan yang sangat mementingkan diri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- Tempelak tersebut bagaikan sudah sinonim dengan gaya hidup manusia moden. Pegangan seperti itu sebenarnya mendatangi kita pelbagai implikasi negatif apabila masing-masing tidak ambil peduli walaupun jiran di sebelah rumah. Dengan sikap seumpama itulah akhirnya pelbagai tragedi seperti penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kini masyarakat mula dibebani sindrom resah dan ketakutan. Demi mengembalikan kehidupan yang sejahtera, aman dan harmoni, beberapa amalan murni hendaklah disemaikan semula dalam masyarakat.
Isi 1 : Kembalikan sifat ingin menjaga tepi kain orang dengan amalan yang positif – sikap sentiasa ambil berat dan bertanya khabar dalam kehidupan masyarakat tradisi hendaklah dihidupkan semula.
Isi 2 : Elakkan sikap yang terlalu bertuhankan material dan individualistik – meminggirkan diri daripada masyarakat arus perdana – gah dan sombong dengan kekayaan yang ada.
Isi 3 : Memperkasakan dan menghidupkan roh amalan ziarah dan kejiranan – menghormati jiran tetangga seperti menjaga kepentingan diri sendiri – meneruskan tradisi rumah terbuka, kenduri-kendara, sambutan perayaan dan ziarah kesakitan serta kematian.
Isi 4: Mewujudkan persatuan/induk masyarakat setempat – badan kebajikan penduduk/masyarakat – menjadi mata dan telinga kepada keselamatan penduduk serta perantara dengan pihak berkuasa keselamatan.
Isi 5 : Bekerjasama dengan pihak polis – penubuhan Rakan Cops – sebagai suatu organisasi yang aktif mengawal ketenteraman dan menyokong pihak polis mencegah jenayah.
Kesimpulan:
Mafhum daripada sepotong maksud Hadis yang menyatakan, “Kehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam”. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat moden kini. Insya-Allah apabila amalan seperti ini dihidupkan semula nescaya kita terhindar daripada sebarang ancaman dan ketidaktenteraman.