Pembangunan
modal insan penting dilaksanakan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti
tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif. Kerajaan
telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut
Langkah
untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah memperluas akses
kepada pendidikan berkualiti. Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak
dalam memastikan bidang pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti.
Misalnya sebanyak RM 6.3 bilion disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama,
kemudahan, dan peralatan serta mermatabatkan profesion guru. Pelbagai bantuan
disalurkan kepada pihak sekolah bagi memastikan bidang pendidikan dapat terus
dipertingkatkan. Misalnya, yuran persekolahan juga telah dimansuhkan dan para
pelajar juga akan diberi sebanyak RM 100 bagi pelajar sekolah Tahun 1 hingga
pelajar Tingkatan 5 untuk membeli buku-buku rujukan.
Langkah
seterusnya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggiialah memantapkan
pendidikan sekolah rendah dan menengah. Dalam memantapkan bidang pendidikan
pihak kerajaan telah merancang untuk memperkasakan profesion perguruan ke peringkat
yang lebih tinggi. Misalnya, kerajaan menyediakan biasiswa bagi guru-guru yang
melanjutkan pelajaran dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran modal insan
guru-guru. Kerajaan juga berusaha untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Kerajaan telah mengambil
375 orang guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia untuk
mempertingkat pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.
Langkah
lain untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah
mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Kerajaan telah
memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional seperti yang
dilaksanakan di negara-negara maju.Misalnya, dengan mewujudkan sekolah teknik
dan vokasional di setiap negeri seperti Kolej Vokasional Kuching di Sarawak dan
Kolej Vokasional Shah Alam di Selangor. Di negara maju, pendidikan teknikal dan
vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana pendidikan tersebut
menyediakan prospek kerjaya yang baik. Misalnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran
akan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan
awam dan institusi pengajian tinggi.
Langkah
berikutnya ialah dengan mempergiat program latihan dan kemahiran. Meningkatkan
kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan
pasaran. Misalnya, kerajaan menyediakan dana bagi mempergiat “Program
Industrial Skill Enchancement” di Pusat Latihan Kemahiran Negeri bagi
meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja. Graduan jurusan lain juga
digalakkan untuk mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran. Misalnya,melalui
Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, keusahawanan, Skim
Pengurusan Keboleh pasaran Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT).
Langkah
akhir dalam melahirkan modal insan yang berkualiti ialah memperkasa
pengajian tinggi. Menambah peratusan staf akedemik berkelulusan PhD. Misalnya,
penambahan staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 % bagi universiti
penyelidikan dan 60 % bagi IPTA yang lain. Para pensyarah juga berpeluang
menikmati kenaikan pangkat. Misalnya, kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke
peringkat tertinggi Gred Turus III,II, dan I serta dianugerahkan sebagai
Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.
Related post: Pembentukan Modal Insan Yang Berkualiti
Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini adalah tugas besar.
Related post: Pembentukan Modal Insan Yang Berkualiti
Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini adalah tugas besar.