Kebaikan Laman Sosial
1. Berkomunikasi
Boleh
menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama
terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan
antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama.
Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat
dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin
seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling
menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan
petua.
2. Boleh
membantu mempromosi sesuatu.
Melalui
laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman
sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan
restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang
terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.
3. Mudah
menyebarkan maklumat.
Sebagai
contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu
mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman
sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada
rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens
tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan
dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
4. Perkongsian
maklumat/ilmu.
Kalau
kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini
dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk
dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk
mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta
merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui
serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat
disebarkan.
Laman
web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada
remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan
kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka
yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu
tertentu.
Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti
facebook.
1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat
Pelajar
merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan
perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini
mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu
masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan
perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar
untuk mengisi masa lapang
Ramai
remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial
seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook.
Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka
membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook
dan twitter.
3. Untuk
mencari pasangan hidup
Tidak
dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata
untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun
teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang
kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web
sosial.
4. Hendak
menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.
Sebab
ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman
web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki,
mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa
termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi
kegilaan sesetengah individu.
5. Ingin
mendapatkan berita terkini dengan cepat
Ada
juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan
sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri
daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru.
Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.
6. Aplikasi
menarik dan ketagih game
Laman
web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik
kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan
tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini
tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi
yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup
melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.
Keburukan laman sosial
1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu
lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan
tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan
blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’,
‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial
ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya
diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar
akan abaikan pelajaran mereka.
2. Obses/ketagihan.
Berlakunya
kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga
menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut.
Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial.
Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa
hari berterusan kerana melayari web.
3. Terhakis
pergaulan secara realiti.
Ramai
yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline.
Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan
jiran semakin renggang.
4. Gangguan
kesihatan.
Sudah
pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal
ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk
terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan,
obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan
fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web
sosial.
5. Gangguan
oleh individu yang tidak dikenali.
Kadangkala
ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu
berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan
wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap
seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh
meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.
Termasuk
mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina
berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata
pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina.
Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar
tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami
atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web social.
Pada
kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi
sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap
individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai
kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang
penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke
atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa
padah kepada diri dan orang lain.
Baca Juga: Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial 2
Baca Juga: Karangan Isu Laman Sosial