Pengenalan
- Jenayah bukan indeks seperti jenayah pemalsuan wang, penipuan, pemalsuan kad kredit dan penyelewengan.
Faktor
1. Sikap materialistik
- Keinginan untuk hidup mewah
- Kekayaan melambangkan imej dan menjadi kebanggaan
- Sikap tamak haloba, pentingkan diri dan ingin cepat kaya
2. Kurang penghayatan agama dan moral
- Lemah iman dan pegangan agama
- Tidak takut melakukan dosa dan gagal membezakan antara perbuatan halal dengan haram
- Tidak mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
- Kebiasaan membabitkan diri dalam jenayah
3. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
- Pengawai penguatkuasa kurang menyebabkan pihak berkuasa sukar melaksanakan undang-undang/kurang pemantauan
- Sukar untuk dibanteras kerana pengamal jenayah menggunakan teknologi moden yang sukar dikesan
- Pengawai yang belot menyebabkan penguatkuasaan lemah
- Karenah birokrasi- pendakwaan ke atas penjenayah ambil masa lama
- Amalan rasuah
4. Kos hidup yang tinggi
- Gaji rendah sanggup lakukan rasuah dan pecah amanah
- Perbelanjaan hidup makin meningkat terutamanya di bandar
- Kenaikan harga barang memberi tekanan kepada mereka
5. Kemajuan teknologi
- Banyak maklumat tidak bermoral diperoleh daripada media
- Individu mempelajari selok belok melakukan jenayah
- Kemajuan teknologi memudahkan individu mengesan tindakan pihak berkuasa
Langkah
1. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas
- Hukuman lebih berat dikenakan – sebatan, tempoh penjara dipanjangkan dan denda ditingkatkan
- Tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan penipuan dan pecah amanah
- Tingkatkan pemantauan/ rondaan
- Pegawai penguatkuasa mesti menjalankan tugas dengan telus, integriti dan akauntabiliti
- Agensi kerajaan yang terdedah kepada rasuah perlu pemantauan dan penyeliaan yang lebih ketat
- Prosedur kerja perlu dikemas kini
2. Memperkasakan ekonomi negara
- Meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membangunkan sektor ekonomi yang lebih berdaya saing
- Kadar pengangguran kurang dan kemiskinan dapat diatasi
- Ekonomi negara yang kukuh bagi mengelakkan jenayah
3. Didikan agama dan moral
- Pegangan agama yang kukuh dapat memupuk nilai integriti
- Takut pada Tuhan dan sedar akan tanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara
- Jati diri kukuh dan kekuatan iman
4. Pengaplikasian ICT
- Sektor awam dan swasta menggunakan ICT utuk meningkatan ketelusan pemberian tender, lesen dan pembelian aset
- Urusan secara talian mengelakkan penyelewengan kuasa
- Karenah birokrasi dikurangkan