Contoh Karangan Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam
mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi membentuk
perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka
peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat
dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat
dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah
terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi
komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka
dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi
antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum
seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
Perpaduan
kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap
kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat
kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di
bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti
memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong
yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut
supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan
yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun
agama.
Sejajar
dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat
muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program
ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap
diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai
lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan
pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di
seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari
Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk
kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum
di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi
untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.
Baca Juga: Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum
Baca Juga: Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum
Seiring
dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk
merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu,
sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga
mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang
dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu,
penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya,
memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi
pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.
Dari
kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan
salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita
dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka
dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum
lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju
tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah.
Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang
lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini
dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan
lagi perpaduan kaum dalam negara.
Sekiranya
isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin
negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang
untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan
dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Sebagai
intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara
perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus
bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan
perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar
Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan
menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam
pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.
Baca Juga: Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum
Baca Juga: Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum