Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Karangan Sambutan Tahun Baru Cina

Contoh Karangan Sambutan Tahun Baru Cina

 

Pendahuluan

 

Tahun Baru Cina

Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India. Semua kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing. Antara perayaan yang disambut oleh masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat cina ialah Tahun Baru Cina. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Setiap tahun perayaan Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu. Setiap haiwan ini memberi makna dan tuahnya yang tersendiri.

 

Isi-Isi


Sebelum Tahun Baru Cina

Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan berkumpul. Rumah akan dicuci dan dihias cantik seperti menggantung tanglung di hadapan rumah. Rumah-rumah juga dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Perhiasan-perhiasan di rumah, di kedai-kedai dan di tempat-tempat awam yang diiadakan semasa sambutan Tahun Baru Cina menambahkan keceriaan sambutan. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.

 

MalamTahun Baru

Di malam Tahun Baru, kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untukmakan bersama. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni. Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara “shou sui”, yang dipercayaai akan memanjangkan umur ibu bapa. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.

 

Hari pertama Tahun Baru Cina

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan ke bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

 

Tradisi Tahun Baru Cina

Kaum Cina pakai pakaian baru yang berwarna merah untuk memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Perkataan ini membawa maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi “ang pow” diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, Tarian Singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang merayakan perayaan tersebut. Tarian singa merupakan upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

 

Tradisi larangan Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai “ungkapan pembawa tuah” Terdapat juga tradisi larangan di masa Tahun Baru Cina ini. Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.