Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Sumbangan Masyarakat Maritim Di Jepun Dalam Bidang Perdagangan

Contoh Karangan Sumbangan Masyarakat Maritim Di Jepun Dalam Bidang Perdagangan

 

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasakkan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan.
  • Masyarakatnya tinggal di kawasan pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau Bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai.

 

Isi-isi Penting

(1) Penggunaan mata wang

  • Masyarakat maritim di Jepun menjalankan akktiviti perdagangan yang melibatkan mata wang. Menjelang abad ke-14, perdagangan Jepun menggunakan mata wang secara meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang menyebabkan kegiatan perdagangan kegiatan perdagangan dapat berkembang dengan pesat.
  • Kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British telah menyebabkan penggunaa mata wang perak meningkat kerana digunakan dalam urus niaga.

 

(2) Perdagangan luar Negara

  • Hubungan antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak zaman Ashikaga. Pada zaman tersebut, perdagangan Jepun menjalankan perdagangan dengan Negara di Asia Tenggara. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam berkembang pesat pada abad ke-16, ini di sebabkan oleh dasar kerajaan Ming yang menghentikan segala aktiviti perdagangandengan Jepun.
  • Dasar kerajaan Ming menyebabkan pedagang-pedagang Jepun mengalami kesukaran unuk mendapatkan barang dagangan dari China. Keadaan ini menyebabkan pedagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam untuk mendapatkan barang dagangan.

 

(3) Persatuan perdagang

  • Perkembangan pesat dalam perdagangan telah menyebabkan muncul persatuan dagang di Jepun. pedagang-pedagang mrnubuhkan persatuan dagang (guild) di pecan dan bandar-bandar besar. Sebagai contoh, orang Belanda menubuhkan persatuan perdaganagn di khusyu pada tahun 1609.
  • Selain persatuan dagang, persatuan kewangan yang di kenali sebagai mujinko juga ditubuhkan. selain itu, pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di Bandar-bandar besar di Jepun.

 

(4) Pengkhususan kerja

  • Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku pengkhususan kerja. penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti pertukangan, perlombongan dan perdagangan.
  • Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan artisan. golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan teknologi dari korea. selain itu, orang Jepun juga melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi.

 

(5) Kemunculan kelas pedagang

  • Perkembangan pesat dalam sector perdagangan menyebabkan muncul golongan pedagang di Jepun. perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
  • menjelang abad ke-17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi mengendalikan urusan perdagangan. pedagang-pedagang Jepun menubuhkan persatuan pedagang di Bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka.

 

Penutup

  • Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu masyarakatJepun berkembang dengan pesat. ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.