Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Perkembangan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di negara China

Perkembangan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di negara China



Pendahuluan:

  • Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian. Antara ciri masyarakat agraria adalah seperti yang berikut iaitu, menjalankan aktiviti pertanian, penternakan, memungut hasil hutan, mempunyai kemahiran membina sistem pengairan, petempatan terletak di sekitar lembah sungai yang subur, mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah, dan mencipta peralatan-peralatan pertanian baru.
  • Negara China juga merupakan sebuah negara yang menjalankan kegiatan bercucuk tanam untuk sara diri.

Isi-isi penting:

1.   Kegiatan sistem ekonomi feudal

  • Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat  saradiri.  Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
  • Sebahagian besar daripada penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi, gandum, barli dan oat. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China. Perkembangan ini berlaku kerana sistem penanaman komersial mula diperkenalkan. Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau, kapas dan tebu. Tanaman kapas merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

2.   Petempatan

  • Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai. Antara kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di China ialah Lembah Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.
  • Petani yang menetap di lembah sungai terlibat dengan aktiviti penanaman padi secara meluas. Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian selatan China. Masyarakat agraria juga turut mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di utara China.

3.  Sistem pengairan

  • Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan. Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Selain itu, mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.
  • Pam yang digerakkan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke  kawasan pengairan juga digunakan. Empangan di bina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian.

4.   Kesuburan tanah

  § Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah pertanian. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah pertanian.

  § Sistem penanaman bergilir ini diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Di samping itu, petani menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

5.   Peningkatan teknologi

   §  Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah.

  §   Selain itu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua juga turut dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Kaedah pertanian juga diperkenalkan iaitu sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian.

6      Pemilikan tanah pertanian

§  Tanah  adalah  milik kerabat diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga diraja telah meningkat kepada 20 juta mu pada tahun 1522

§  Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadabiran Jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja. Pada masa pemerintahan Maharaja Jiaqing jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta mu

7      Pengkhususan pengeluaran pertanian


§  Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kiangsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan  pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

8      Sistem cukai


§  Petani yang tidak  memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan tanah (bangsawan) dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian.

§  Petani dikehendaki menyerahkan antara 50 – 60% daripada hasil pertanian yang diperoleh sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis cukai sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.

9      Sistem pengairan


§    Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk menyalurkan  air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir. Terusan juga digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.

10  Pegkhususan pengeluaran barangan


§  Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan  di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang danselatanKingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

Penutup:
§    Kesimpulannya, masyarakat agraria di China merupakan tulang belakang kepada perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut.