Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Perkembangan Ilmu Naqli Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

Contoh Karangan Perkembangan Ilmu Naqli Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah Abad Ke-11 Hingga Abad Ke-13 M.

 

Pendahuluan

  • Ilmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang jelas, iaitu ilmu naqli (revealed sciences) yang juga disebut sebagai ilmu wahyu dan ilmu aqli (rational sciences). Namun, ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi kerana ilmu ini datang daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa benar.  Ilmu naqli merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemudiannya diperturunkan kepada para sahabatnya. Ilmu ini lebih dikenali sebagai ilmu syar’iyyah  yang mana meliputi tafsir al-Quran, ilmu hadis, ilmu usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa Arab dan ilmu sirah.
  • Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-Quran hanya layak di jelaskan oleh baginda sahaja. Tidak ada orang yang berani dan boleh mentafsir al-Quran semasa Nabi Muhammad masih hidup.  Namun selepas kewafatan baginda, tugas mentafsir al-Quran telah disandang oleh sahabat baginda yang alim dan dipercayai seperti Ibnu Abbas.  Selepas zaman sahabat nabi, tugas tersebut telah di ambil alih oleh golongan tabi’in dan seterusnya para ulama. Ilmu naqli pada zaman kerajaan abbasiyah berkembang pada abad ke- 11 hingga abad ke-13 masihi.

 

Isi-isi Penting:

 

  1. Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan ilmu naqli pada masa itu. Golongan pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu para ulama dalam usaha untuk membangunkan ilmu ini kerana mereka lebih memberi perhatian kepada pembangunan ilmu aqli.
  2. Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman Saljuk bernama Nizam al-muluk yang sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau sangat berjasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau telah mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 m. Madrasah ini merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama.
  3. Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi. Kedua-dua tokoh ini merupakan guru kepada Nizam al-Muluk
  4. Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak. Terutamanya melalui karyanya Tahzibul-Akhlak.
  5. Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap falsafah Yunani telah mencapai kemuncaknya, hingga menggoncang akidah masyarakat islam. Di peringkat awal, al-Ghazali turut berkecimpung dengan falsafah Yunani, tetapi akhirnya beliau menyerang ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah.
  6. Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau merupakan ahli dalam bidang algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic equation (persamaan isi padu) dan mengenal pasti sebanyak 13 jenis. Beliau juga terkenal dalam bidang geometri. Beliau telah diperintahkan oleh pemerintah Saljuk memperbaiki sistem takwim.

 

Penutup

  • Kesimpulannya, ilmu naqli telah berkembang pada zaman abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-13 lagi.