Contoh Karangan Perkembangan Ilmu Aqli Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah Abad Ke-11 Hingga Ke-13 M.
Pendahuluan
- Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai zaman kemuncaknya ketika pemerintahan Khalifah al-Ma’mun. Meskipun kerajaan ini melalui era kemerosotan pada zaman pemerintahan Bani Buwaih dan Bani Saljuk, namun peranannya dalam bidang ilmu tetap utuh.
- Pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ilmu akli (bukan agama) telah mengalami perkembangan yang membanggakan berikutan kelahiran ramai tokoh ilmuan yang unggul dalam bidang-bidang tertentu.
Isi-isi penting
- Pada tahap ketiga pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ia berada di bawah kekuasaan Bani Buwaih. Pada zaman ini, telah muncul ahli-ahli fikir terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina, al-Biruni, Ibn Miskawayh dan golongan pelajar Ikhwan al-Safa. Al-Farabi, Ibn Sina dan al-Biruni merupakan ilmuwan terkenal dalam bidang falsafah. Manakala Ibn Miskawayh pula bukan sahaja dapat menguasai ilmu falsafah tetapi juga merupakan seorang ahli sejarah yang berwibawa.
- Menjelang abad ke-11 M, al-Istakhri merupakan tokoh falsafah yang turut terlibat dengan aktiviti pelayaran, di samping juga merupakan seorang ahli ilmu bumi. Sementara a-Nasawi pula menyumbangkan kemahirannya dalam bidang matematik dengan memperkenalkan huruf (angka) India ke wilayah Arab.
- Pada zaman kekuasaan Bani Saljuk (1055-1199 M) pula, perkembangan kedua-dua ilmu ini agak ketara dengan terdirinya Universiti Nizamiyah dan Hanafiah serta cawangan-cawangan Universiti Nizamiyah pada setiap kota Iraq dan Khurasan. Penubuhan institusi ini penting kerana ia telah Berjaya melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam ilmu akli.
- Hujjat al-Islam yang terkenal, iaitu Imam al-Ghazali merupakan individu yang pakar dalam ilmu akli. Beliau telah menghasilkan karya Tahajut al-Falsafah. Beliau juga merupakan antara ahli falsafah yang unggul dalam sejarah perkembangan falsafah islam.
- Umar al-Khayyam pula bukan sekadar seorang ahli falsafah, malah beliau juga mahir dalam bidang algebra dan geometri. Kehebatannya dalam bidang matematik menyebabkan Malik Shah Jalal memerintahkannya supaya memperbaiki sistem takwim.
Penutup
- Perkembangan pesat dalam ilmu aqli ini pada zaman kekuasaan Bani Saljuk bukan sahaja disebabkan oleh kemunculan tokoh ilmuan, tetapi turut dibantu oleh peranan pentadbir seperti Nizam al-Mulk (Perdana Menteri), yang sentiasa bersama dengan pemerintah seperti sultan Malik Shah (Jalal al-Daulah Malik Shah I) dan khalifah al- Qa’im bagi menaungi kegiatan ilmu pengetahuan di samping sikap mereka yang amat gemar mendampingi para ulama.