Karangan PT3- Contoh Karangan Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik dalam kalangan Masyarakat
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan
untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Antranya ialah memupuk semangat
patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat
patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur
buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan
program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu
Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya.
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan
pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa
cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan
nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting
untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran
tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak
masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti
mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat
tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan
dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak
kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah
menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media
elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan
lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang
pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga
hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama
yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk
melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan
cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak
perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat
patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.