Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Contoh Karangan Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Contoh Karangan Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

 

Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?

 

Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru-guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang ganguan. Sebagai contoh, kejayan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan olehh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

 

Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan Latihan di rumah juga merupakan salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Sya berpandangan demikian kerana, Langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk mengulangkaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan yajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajarn.

 

Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalinapelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan. Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

 

Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran yang perlu dimilik oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai yang mugkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan dating. Dengan ini, Hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.