Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Ciri Sistem Feudal Yang Diamalkan England Dan Jepun Abad 16 Hingga 17.


Pendahuluan

  • Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
  • Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan. Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi sejak zaman Kamakura.

 

Isi-Isi Penting

 

Golongan Pahlawan

  • Di England, golongan pahlawan dalam sistem feudal England dikenali sebagai knight. Knight berkhidmat dengan golongan bangsawan. Knight terikat kepada konsep kavalri. Pahlawan di England buta huruf. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Mereka tidak mempunyai minat dalam bidang kesenian dan intelektual.
  • Manakala di Jepun, golongan pahlawan dalam sistem feudal di Jepun dikenali sebagai samurai. Samurai berkhidmat dengan golongan bangsawan. Samurai terikat kepada konsep bushido. Pahlawan di Jepun mempunyai minat dalam bidang kesenian dan kesarjanaan. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun.

 

Peralatan Perang

  • Di England, antara peralatan perang yang digunakan oleh knight ialah pedang dan baju perisai. Baju perisai yang digunakan oleh knight diperbuat daripada besi. Knight menggunakan kuda dalam medan peperangan.
  • Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai sama seperti knight di England. Baju perisai yang digunakan oleh samurai diperbuat daripada logam atau sutera.

 

Penyatuan Negara

  • Di England, penyatuan negara pada zaman feudal dilakukan oleh raja-raja negara bangsa. Raja-raja dari dinasti Tudor yang memerintah England memainkan peranan dalam pengukuhan negara bangsa di England.
  • Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan beraja di Jepun menjadi lemah. Panglima tentera memainkan peranan dalam memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.

 

Perkongsian Kuasa

  • Dalam sistem feudal di England, wujud perkongsian kuasa dalam pemerintahan. Raja berkongsi kuasa dengan badan perwakilan.
  • Dalam sistem feudal di Jepun, tidak wujud perkongsian kuasa dengan badan perwakilan. Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.

 

Pengaruh Agama

  • Feudalisme di England dipengaruhi oleh agama Kristian. Institusi gereja amat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat feudal. Institusi gereja mengongkong segala aspek kehidupan masyarakat.
  • Feudalisme di Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha. Keadaan politik yang tidak stabil pada zaman Kamakura menyebabkan rakyat mendapatkan perlindungan daripada institusi agama. Golongan pahlawan melakukan meditasi bagi mendapat ketenangan.

 

Kewajipan Peribadi

  • Di England, sistem feudalisme berteraskan undang-undang Rom. Sistem feudalisme menekankan hak, undang-undang, dan kewajipan peribadi antara lord dan vassal.
  • Manakala di Jepun, sistem feudalisme berteraskan etika China. Kewajipan peribadi feudal di Jepun menekankan aspek moral berbanding undang-undang.

 

Pemilikan Tanah

  • Di England, golongan knight menerima anugerah tanah bagi perkhidmatan mereka. Mereka mengawal petani yang bekerja di tanah mereka.
  • Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah. Mereka menerima gaji dalam bentuk beras daripada daimyo (tuan tanah).

 

Penutup

  • Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di England dan Jepun.