Mutakhir
ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang
membabitkan penyakit demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan sekitar
Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian yang paling tinggi
dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat
kerana masalah nyamuk aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walaupun
begitu, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan professional, rasional dan
signifikan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor
yang menyebabkan merebaknya penyakit yang membawa maut ini seraya mengaplikasi
langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama.
Antara
faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri. Nyamuk
aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering
berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara waktu petang
hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan oleh
komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi, tidak
menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan mangsa. Oleh itu,
tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja.
Faktor
kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran. Sebagaimana
yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang mempunyai
air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-telurnya. Berdasarkan
pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa
rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh
mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh ini ialah di dalam
pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air
dan sebagainya. Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses
pembiakan nyamuk aedes juga tidak terencat di tempat-tempat teduh yang
terhalang daripada sinaran matahari.
Oleh
hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan
menitikberatkan mekanisma yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin
menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di
perut dikempiskan. Salah satu prakarsa yang boleh dijayakan ialah aktiviti
pembersihan sekitar kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan awal
kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah merupakan langkahmenangani
pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Oleh itu anak-anak akan lebih
prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak mustahil anak-anak kita pula
yang akan menegur kita apabila ternampak takungan air di tempat-tempat
tersembunyi suatu hari kelak.
Seterusnya,
aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif
terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan
kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara tidak langsung perpaduan antara
jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana
masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu sama lain. Dalam
masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir
menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk
setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah,
mencegah lebih baik daripadamengubati.
Prakarsa
seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewn Bandaraya di
setiap negeri tidak ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti
penyemburan secara percuma pada setiap akhir bulan lebih-lebih lagi sekitar
kawasan perumahan yang didiami komuniti masyarakat yang banyak. Di samping itu,
pengagihan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur
di dalam air juga antara langkah yang membantu menangani merebaknya penyakit
demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal ini, pihak-pihak berkenaan tidak
sepatutnya memandang entengterhadap permasalahan penyakit tersebut justeru
menyedari risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan
yang sewajarnya.
Sehubungan
dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara inisiatif
yang mapan dan wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak inigin melakukan
aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka seharusnya diingatkan agar
berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar pulang pada masa
yang sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan agar membersih dan
mengurus diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di
luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap profesionalisme
mereka dengan bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai
simptom-simptom yang melibatkan penyakit serius, seperti muntah-muntah dan
cirit-birit.
Setiap
lapisan masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan
agar pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat.
Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera
jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana
jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag
individu itu, indivudu yang bebas daripada penyakit seperti demam denggi
merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan.