Kejadian bencana alam yang berlaku di negara kita meskipun tidak sekerap di negara lain tetap membimbangkan kita kerana kesan negatifnya amat buruk. Terdapat beberapa kesan negatif kejadian bencana alam di negara kita.
Antaranya,
membawa kerugian kepada negara. Bencana alam seperti banjir akan memusnahkan
pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kerosakkan harta benda juga
menyebabkan induvidu terpaksa menanggung kerugian yang besar. Bagi membangunkan
semula bangunan atau petempatan yang musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos
yang tinggi.
Selain
itu, bencana alam juga menjejaskan kesihatan mangsa. Hal ini kerana, ketika
berlakunya kejadian bencana alam seperti fenomena banjir yang berlarutan,
bekalan air bersih akan semakin berkurangan. Kekurangan air bersih ini
menyebabkan mangsa banjir terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti
penyakit taun, cacar air, dan Kolera. Fenomena kemarau juga boleh menyebabkan
seseorang menghidap penyakit kulit atau deman.
Di
samping itu, bencana alam turut memberi kesan kepada kemusnahan flora dan fauna.
Kejadian bencana alam seperti pembakaran hutan akan menjejaskan ekosistem flora
dan fauna yang menjadi khazanah negara. Kemusnahan pokok-pokok akan mengambil
masa yang lama untuk subur dan hidup kembali. Kepupusan flora dan fauna akan
merugikan generasi akan datang kerana tidak berpeluang melihat keindahan flora
dan fauna pada masa kini.
Seterusnya,
bencana alam juga boleh mencemarkan alam sekitar. Ketika fenomena banjir
berlaku, sisa kumbahan dan benda-benda beracun serta bangkai binatang akan
terapung bersama-sama aliran air. Hal ini akan menyebabkan berlakunya
pencemaran air yang akan menjejaskan kehidupan induvidu. Pencemaran bau juga
akan menyebabkan mangsa banjir berasa tidak selesa.
Kesan
berikutnya, bencana alam boleh menjejaskan sumber bekalan makanan. Hal ini
kerana, apabila bencana alam berlaku, sumber bekalan mentah tidak dapat
dihantar ke kawasan bencana kerana berlaku kesulitan seperti sistem perhubungan
yang rosak dan sebagainya. Berikutan itu, bekalan makanan sedia ada akan
semakin berkurangan dari hari ke hari. Situasi ini akan menyebabkan mangsa
banjir berada dalam keadaan kelaparan.
Kesimpulannya,
bencana alam sememangnya membawa pelbagai kesan negatif kepada mangsa. Oleh itu
semua pihak perlulah turun padang dan menghulurkan bantuan bagi meringankan
beban mangsa bencana alam.