Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.

Contoh Karangan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.


Pendahuluan

  • Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertaniaan sebagai sumber kehidupan mereka.  Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian.
  • Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan Negara-negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke Negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke-17 lagi.Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agrarian di Belanda.

Isi-isi Penting:


1        Kegiatan ekonomi

  • Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan Bandar di Belanda.  Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat di jalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Antara sayur-sayuran yang di tanam ialah bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak, dan teasel. Menurut  K.H.D. Halley, massyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.
  • industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah linen, pakaian, dan minuman keras. Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil. Akar tanaman ini di jadikan serbuk pewarna dalam industri tekstil. Belanda mengeksport madder ke England untuk kegunaan industri tekstil.  Pada peringkat awal, industri tekstil berpusat di Wilayah Brabant dan Flanders. Penanaman madder menyebabkan kilang-kilang tekstil didirikan di Leiden. Selain madder, tanaman teasel juga digunakan dalam industri tekstil. La digunakan dalam menenun kain.
  • aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda. Kegiatan penternakan juga dijalankan di sekitar Bandar seperti Hertogenbosch, Lier, dan Diest. Perkambangan sektor penternakan didorong oleh pertambahn penduduk yang berlaku di Belanda sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Petani dan Penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing.

2        Petempatan

  • Petempatan masyarakat agrarian di Beland terletak di kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalan kan usaha menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
  • Petempatan masyarakat agrarian yang terletak di Pinggir pantai merupakan tanah yng telah ditebus guna. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang di tebus guna ialah Pulau Zuid-beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Selain itu, petempatan masyarakat agraria terletak di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect.

3        Sistem pengairan

  • Masyarakat agrarian di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang di tebus guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut.
  • Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut   untuk tujuan pertanian. Menjelang pertengahan  abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian.
  • Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu daripada 85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.

4        Peningkatan teknologi

  • Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di BelandaPengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Belanda.
  • Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding dengan Negara-negara Eropah yang lain.
  • Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah di sebarkan ke Negara-negara lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda dan Sistem pinggiliran Tanaman.

5        Pembinaan sistem pengairan

  • Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.
  • Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara insentif.
  • masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

6        Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah

  • Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
  • Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang  ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

7         Pengenalan kaedah pertanian baru

  • Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tengala baru telah dicipta dan digunakandi Gelderland. Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuan dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
  • Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.

8        Penambakan laut untuk kawasan pertanian

  • aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian



Penutup

  • Usaha kerajaan Belanda ini telah member peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangan pada abad ke-17. Pada abad ke-17, kejayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku antara England dan Prancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah.
  • Namun, awal abad ke-18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada Negara Eropah yang lain seperti England