Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Faktor-faktor perkembangan masyarakat industri di England

Contoh Karangan Faktor-faktor perkembangan masyarakat industri di England


Pendahuluan


  • Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
  • Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan pengusaha industri dan pekerjaan.


Isi-isi Penting:

Faktor pertambahan penduduk.

  • hal ini menyebabkan bekalan tenaga buruh di England bertambah dan mencukupi.oleh itu, pasaran bagi barangan keluaran kilang perindustrian meningkat. peningkatan penduduk di tanah jajahan menyediakan pasaran yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.

Faktor kekayaan bahan mentah.

  • Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di England.England muncul sebagai pengeluar terbesar keluli dan mendahului Negara-negara lain dalam pengeluaran arang batu.
  • Penguasaan tanah-tanah jajahan di asia dan afrika juga turut menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk kilang-kilang perindustrian di England.

Perkembangan merkantilisme di England

  • juga turut menyumbang kepada peningkatan dalam revolusi perindustrian. perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi perindustrian.
  • sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja menerusi dasar apprentice.dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir yang terlatih dan mudah diserapkan dalam mana-mana industri.

Faktor revolusi pertanian.

  • Revolusi pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. peninkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah yang diperkenalkan semasa revolusi pertanian.
  • perkembangan ini menyebabkan bekalan makanan bagi penduduk semakin mencukupi.hal ini menyebabkan England tidak perlu mengimport makanan dari luar Negara.dana lebihan hasil pertanian dilaburkan dalam bidang perindustrian.

Faktor keadaan iklim

  • Di England turut membantu perkembangan dalam bidang perindustrian. selain itu, perkembangan perusahaan kapas di Lancashire di sebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England. iklim lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas.
  • Anak-anak sungai di sekeliling Yorkshire menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk membasuh , meluntur, dan mencelup bulu yang digunakan dalam industri tekstil.

Faktor kelemahan Negara-negara lain.

  • revolusi perindustrian di England muncul kerana kelemahan Negara-negara lain contohnya Negara Jerman dan perancis.negara Jerman tidak dapat bersaing dengan England dalam sector perindustrian adalah kerana kongkongan adat, kemajuan ekonomi yang tidak menyeluruh, cukai tinggi, dan sekatan yang dikenakan terhadap bidang perindustrian.
  • selain itu, Negara perancis ketinggalan dalam bidang perindustrian adalah kerana penekanan dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat autokrasi, percubaan kerajaan untuk mengawal industri, dan cukai yang tinggi dikenakan terhap pengusaha industri.perkembangan ini memudahkan England menguasai perindustrian.

Faktor kemajuan sains dan teknologi

  • Kemajuan sains dan teknologi juga menyumbang kepada peningkatan perindustrian di England. perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebebkan beberapa rekaan dan ciptaan ditemui.
  • Oleh itu, penciptaan mesin baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England. Tambahan pula, para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka bagi orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan.perkembangan ini menggalakkan orang ramai untuk mencipta mesin baharu bagi kegunaan perindustrian.

Penutup

  • Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara perindustrian.Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera,pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, dan  peniaga,.