Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Ciri-ciri masyarakat industri yang diamalkan di England dan Jerman.

Contoh Karangan Ciri-ciri masyarakat industri yang diamalkan di England dan Jerman.


Pendahuluan

  • Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
  • Negara England dan Jerman mengalami Revolusi Perindustrian memperlihatkan ciri-ciri masyarakat industri seperti penggunaan sains moden yang meluas dalam proses pengeluaran untuk pasaran, pengkhususan dalam bidang ekonomi, pengeluaran secara besar-besaran, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan menggantikan usaha manusia dan kemunculan kelas sosial yang ditentukan daripada pemilikan harta atau modal.

Isi-isi penting:

1.Kegiatan ekonomi

  • Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil. Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.  Sebelum revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin maka pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara besar-besaran.
  • Barangan yang berlebihan telah diperdagangkan atau dieksport. Selain itu, dalam Revolusi Perindustrian turut merangkumi beberapa aspek iaitu perubahan dalam teknik atau kaedah pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan memperdagangkan barang kilang yang dihasilkan.

2.Mobiliti sosial
  • Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi. Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Malahan, keputusan tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik modal sendiri. Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.
  • Peladang-peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. Mereka rela mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan.

3. Pengkhususan kerja
  • Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian drpd kerja utk menghasilkan sesuatu barangan. (pengkhususan kerja). Pembelian mesin memelrukan pelaburan modal yang tinggi. Pemodal-pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu banyak bidang kerana ingin mengawal kos pengeluran. Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedah kerana para majikan dan pekerja menjadi semakin mahir dalam bidang yang dipilih. Mereka dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang tersebut.
  • Apabila prestasi dibaiki, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan. Sekiranya kuantiti barangan industri ditingkatkan, barangan tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan di luar negara. Biasanya mereka hanya mengkhusus dalam satu bidang sahaja. Contohnya, bidang tekstil.

4. Kemunculan kelas
  • Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat. Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
  • Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool.  Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian.

5. Masyarakat literasi
  • Merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan.  MI terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.  Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.
  • Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.

6. Penggunaan sains dalam proses pengeluaran
  • Pada tahun 1702, Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya digunakan secara meluas dalam perlombongan arang batu. Dengan rekaan enjin ini, pam digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air. Kesannya, kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat ditingkatkan.
  • Peningkatan penghasilan arang batu membantu proses Revolusi Perindustrian. Arang batu menjadi sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap.  Oleh itu, peningkatan pengeluaran arang batu telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti bidang pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan. Pada tahun 1736-1819 James Watt berjaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen. Hasilnya, enjin itu dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien.. Menjelang akhir tahun 1780an, syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

7. Penggunaan sumber-sumber modal secara pesat
  • Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia, haiwan atau air. Contohnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk mendayungnya. Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak. Keupayaan terhad tenaga manusia dan binatang akan mengakibatkan sesuatu kerja atau tugas tidak dapat dijalankan secara berterusan. Apabila mesin berkuasa wap digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan atau didaratan, masalah ketidakupayaan ini dapat diatasi.
  • Penggunaan mesin oleh pengusaha-pengusaha ini menyebabkan barangan daat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak. Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah.

Penutup
  • Perkembangan industri di England dan Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
  • Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.