Contoh Karangan ciri-ciri masyarakat Industri yang diamalkan di Eropah.
Pendahuluan
- Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunkan mesin.
- Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat industri telah menggantika masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.
Isi-isi penting:
(1) Kegiatan ekonomi
- Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan bagi menyara hidup. Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran barangan.
- Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang beralih ke sektor industri perkhidmatan.
(2) Pengkhususan kerja
- Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlakupengkhususan kerja. Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan. Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran
(3) Mobiliti sosial
- Mobiliti bermaksud pergerakan sebagai salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat industri. Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian telahmenyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Tambahan pula peningkatan dalam pengeluaran menyebabakan mereka menerima pendapatan yang tinggi.
- Hal ini menyebabakan masyarakat dapat menikmati kehidupanyang mewah dan makmur.Ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan menengah dalam masyarakat.
(4) Kemunculan kelas
- Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah, dan pengusaha lombong. Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang-kilang perindustrian.
- Dalam pada itu, golongan pekerja mat bergantung kepada golongan kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan profesional. Perkembangan ini menyebabakan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.
(5) Urbanisasi
- Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan bekerja di kilang-kilang. Selepas tercetus Revolusi Perindustrian, ramai penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Kebanyakan daripada penduduk dari luar bandar ke bandar untuk bekerja di kilang. Fenomena ini menyebabkan lahir proses urbanisasi khususnya di bandar perindustrian.
- Ini menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan bandar. Bekerja secara beramai-ramai telah mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian. Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di England ialah Manchester, Leeds, Liverpool, dan Lyons.
(6) Literasi
- Masyarakat industri juga merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan.Oleh yang demikian, mereka terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat ini menggunakan ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial yang lain.
(7) Semangat keusahawanan
- Masyarakat industri juga merupakan pengusaha industri yang terlibat dalampertumbuhan sektor perindustrian. Antara pengusaha industri yang terkenal ialah James Watt (1736-1819) dan Matthew Boulton (1728-1808).
- Mereka mempubyai semangat keusahawanan dan daya kreativiti serta inovatif yang tinggi dalam bidang perindustrian dan mereka juga memiliki modal yang mencukupi bagi membeli mesin baharu dan membuka kilang perindustrian.
(8) Perkembangan sains dan teknologi
- Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang dan teknologi. Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu dalam pertumbuhan sektor perindustrian.
- Perkembangan ini menyebabkan lahir golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu bagi kegunaan perindustrian. Pada peringkat awal, mesin berkuasa wap dihasilkan oleh Thomas Newcomen dan James Watt.
Penutup
- Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian yang rapat dengan Revolusi Perindustrian Masyarakat industri mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza dengan masyarakat agraria.