Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Contoh Karangan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun



Pendahuluan 
  • Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. 
  • Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja yang berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.  Dalam sistem feudal di Jepun terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun. Antaranya ialah Kedudukan Maharaja, Kedudukan Shogun, Kedudukan Samurai, Pemilikan Tanah, Kewajipan Peribadi dan Mobiliti Sosial.

Isi-isi Penting:

1.   Kedudukan Maharaja
  • Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja. 
  • Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua Negara. Tetapi, Maharaja tidak mempunyai kuasa pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge )

2.   Kedudukan Shogun.
  • Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa.  Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin. 
  • Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo.

3.   Kedudukan Samurai.
  • Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka mempunyai kedudukan istemewa iaitu mempunyai nama keluarga dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan Negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. 
  • Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah, Samurai bersederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki.

4.   Pemilikan Tanah.

  • Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada vassal yang setia kepada shogun. Selain itu, shogun memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo ) yang setia kepadanya. Daimyo yang setia akan mengawasi gerak geri daimyo yang di ragui kesetiannya. 
  • Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera dan tuan tanah yang setia kepadanya.  Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir  dan menguruskan tanah miliknya. Pegawai yang menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan Daskan. 
  •  
5.   Kewajipan Peribadi.
  • Dalam masyarakat feudal,  wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo.  Shogun menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam pentadbiran dan  ketenteraan.
  • Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab  terhadap kepentingan bersama, iaitu satu pihak memberikan perlindungan  manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.
6.   Mobiliti Sosial.
  • Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.
  • Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan status dan mobility sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku. Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tak berlaku mobiliti sosial.
Penutup
  • Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat dibuat   berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
  • Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan di anggap sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.