Contoh Karangan Faktor kejatuhan sistem pembesar di China.
Pendahuluan
- Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
- Keadaan ini jelas berlaku dalam kegiatan harian pegawai kerajaan Ch’ing .setiap tugas yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk menjaga kebajikan penduduk tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai kerajaan kerana setiap tugasan yang mereka lakukan harus diberi hadiah.
Isi-isi
penting
(1) Kemerosotan nilai etika dan moral confucius
- Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam kalangan pegawai berterusan apabila China membuka pintu negaranya kepada perdagangan luar.
- Perdagangan dengan barat yang dijalankan di canton telah membolehkan pegawai mengutip cukai ke atas barangan import dan eksport dan pedagang asing dikenakan cukai yang tinggi bergantung kepada jumlah perdagangan mereka.
(2) Konsep taat setia ditukar ganti dengan
material
- Konsep taat setia kepada kerajaan pusat dalam kalangan pegawai kerajaan sudah ditukar ganti dengan material.
(3) Perbendaharaan negara China merosot
- Bayaran ganti rugi kepada Barat, keperluan menambahkan persenjataan negara. Pemberhentian sumbangan dari wilayah2 yang mengalami kebuluran dan pemberontakan.
- Maharaja China meningkatkan kadar pungutan cukai dalam perdagangan dan hasil pertanian.
(4) Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan
- Tidak dapat menambahkan perbendaharaan negara
- Masalah kewangan semakin meruncit pada akhir pemerintahan Dinasti Ch’ing.
(5) Pembesar yang dilantik tidak melalui
saringan yang ketat
- Pembesar-pembesar yang dilantik berdasarkan sistem peperiksaan awam tidak diuji kebolehan mentadbir negara.
(6) Kandungan sistem peperiksaan awam
- Kandungan peperiksaan awam berdasarkan ajaran confucius kurang relevan dengan dunia realiti
- Pembesar harus menghadapi dunia realiti yang penuh dengan cabaran bukan seperti yang terkandung dalam ajaran klasik sahaja.
Penutup
- Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ch’ing,kejatuhan kuasa maharaja,dan seterusnya menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah selama 267 tahun di China.Penamatan pemerintahan Dinasti Ch’ing turut menghapuskan sistem pembesar di China.Pemerintahan telah diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.