Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Sistem Pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke- 20

Contoh Karangan Sistem Pembesar di China pada abad  ke-16 hingga ke- 20


Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke- 20.


A) Pendahuluan
  • Pembesar merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan. Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
  • Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat pusat dan peringkat wilayah. Didominasi oleh golongan cerdik pandai (pegawai sarjana)dan golongan bangsawan.
  • Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam Sistem Peperiksaan Awam. Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang telah berjasa kepada maharaja.

B) Isi-isi penting
 
1) Sekretariat Agung
  • Tugas Sekretariat Agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat.Mereka akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian.
 
2) Majlis Tertinggi
  • Majlis Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja.Melalui majlis ini,sebenarnya urusan pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau dikenali sebagai Shangschu. Shanschu pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian tersebut ialah kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja Raya.
 
3) Lembaga Penapis (censoreta)
  • Lembaga Penapis atau Censoreta menjadi mata dan telinga maharaja,iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar2 China kepada maharaja untuk maharaja mengambil tindakan yang sewajarnya.
 
4) Golongan Terpelajar
  • Golongan terpelajar (sarjana)mempunyai darjat paling tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus.Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting. Mereka ditempatkan di kementerian2 penting yang melibatkan penggubalan dasar,iaitu menganggotai Imperial secratariat yang bertanggungjawab membuat dasar negara dan Imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.
  • Dasar yang digubal dilaksanakan di peringkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal Negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk di bawahnya,iaitu Jabatan Kakitangan,Jabatan Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Kerja Awam.
  • Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai gentry. Pembesar wilayah bukan golongan sarjana memiliki angkatan tentera sendiri.Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintahan pusat di samping menjaga wilayah mereka sendiri.
  • Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai2 pengawas kerajaan. Antara tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai2 yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
  • Semasa Dinasti Ch’ing,gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah. Tugas gabenor ialah menjaga urusan pentadbir an wilayah,menjaga keamanan dan ketenteraman, serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam diri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu oleh pegawai2 daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim.
 
Penutup
 
  • Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
  • Keruntuhan Dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.