Ajaran sesat banyak diamalkan oleh golongan yang cetek pengetahuan
agamanya. Mereka mudah terpengaruh ajaran sesat yang kononnya alim dan
warak.
Tentangan agama
- Apabila terpengaruh dengan ajaran sesat. seseorang itu akan terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.Hal ini termasuk melakukan perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat.Sebagai contohnya, percaya kepada ibu duit, pemujaan kubur, memuja roh roh adalah perbuatan khurafat.
Minda terkongkong
- Apabila seseorang itu telah terjebak dan mengikuti ajaran sesat, akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sikap tetaksuban mereka.
Perpaduan masyarakat tergugat
- Perpaduan dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran kegiatan ajaran sesat ini. Hal ini demikian boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindasan sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.
Kedamaian negara terjejas
- Boleh berlakunya pertelingkahan dan perbezaan pendapat yang ekstrem sekiranya ajaran sesat tidak dibendung. Oleh hal yang demikian, rakyat hidup dalam ketakutan kerana kestabilan dan keamanan negara terancam.
- Lupa tanggungjawab terhadap keluargaMengikut kumpulan ajaran sesat ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa akan tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama.
- Lebih serius lagi akan menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
Kesimpulannya, umat Islam disarankan agar menjauhi golongan-golongan pelampau agama iaitu mereka yang bertindak keterlaluan dalam beragama.