Ekonomi Malaysia kebelakangan ini  berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan  lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan  timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi,  Malaysia kini menjadi  tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun  kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan  pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada  antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang  dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan  diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara  asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes  rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung  trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki  pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan  penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga  Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa  lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk  menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk  melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan  merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan  kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat  demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara  asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka  menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya,  rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat  yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing  tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis.  Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat  jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang  tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan  kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini  pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan  setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti  sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam  sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan  datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita  juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan  serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan  perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak  terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin  dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji  mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan  rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang  pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam  perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu  hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi  kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika  nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin  sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam  pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa  izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini  dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya  sendiri.