Ahmad Bin Yunus,Wakil Penduduk,
Taman Perumahan Desa Bakti,
Batu 23, Labok,
18500 Machang,
Kelantan.Tarikh : 20 Mac 2013
Tuan,
Aduan Masalah Anjing Liar yang Berkeliaran di Kawasan Tempat Tinggal
2. Sehubungan dengan itu, sebagai wakil penduduk saya diamanahkan dan bertanggungjawab untuk menjaga kawasan Taman Perumahan Desa Bakti dari masalah-masalah yang timbul seperti masalah anjing liar ini. Sebagai pihak penduduk, kami telah melakukan pelbagai langkah awal bagi mencegah masalah ini daripada terus berlanjutan. Walau bagaimanapun, langkah–langkah yang dibuat oleh pihak penduduk ibarat “mencurah air ke daun keladi” kerana masalah tersebut masih lagi berlaku.
3. Berikutan daripada masalah ini, keselamatan penduduk di taman perumahan ini terjejas terutamanya kepada kanak-kanak yang keluar bermain atau pulang dari sekolah sering kali terserempak dengan haiwan liar tersebut. Akibat daripada masalah ini, ramai ibu bapa terpaksa mengawasi ketat anak-anak mereka pada setiap hari supaya kejadian seperti dinyatakan dapat dielakkan sekali gus menggangu tumpuan dalam pekerjaan mereka.
4. Selain itu, kejadian ini juga menyebabkan masalah terhadap persekitaran kawasan tempat tinggal. Kawasan-kawasan yang dulunya bersih dan terjaga tidak lagi wujud apabila haiwan-haiwan tersebut mula berkeliaran dan menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat baru bagi mereka. Mereka juga meninggalkan bau busuk yang sangat kuat dikawasan tersebut sehinggakan boleh dihidu di kawasan rumah penduduk walaupun jarak tempat tersebut berjauhan antara satu sama lain. Dengan itu, penduduk mula mempersoalkan tentang keselesaan tempat tinggal mereka yang tidak lagi terjaga.
5. Kesihatan penduduk mula terjejas akibat dari masalah ini. Anjing liar tersebut yang dulunya hidup dikawasan hutan dan kawasan tercemar membawa pelbagai wabak penyakit terhadap penduduk. Ramai penduduk yang disahkan mengalami masalah kesihatan seperti alergi adalah datangnya dari virus yang dibawa oleh anjing liar tersebut. Masalah ini menyebabkan para penduduk berasa takut kerana bimbang wabak penyakit tersebut akan menjadi lebih teruk.
6. Seterusnya, sumber-sumber makanan penduduk seperti ternakan dan tanaman juga terjejas dengan teruk. Anjing-anjing liar itu menjadikan ternakan yang dipelihara penduduk seperti ayam dan itik sebagai sumber makanan kepada mereka. Selain itu, tanaman-tanaman terpaksa dibuang apabila anjing-anjing liar tersebut berkeliaran di kawasan itu. Ini menyebabkan penduduk mengalami kerugian.
7. Sebagai wakil penduduk Taman Perumahan Desa Bakti saya berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengawal masalah ini dari terus berlaku. Tindakan segera daripada pihak tuan amatlah kami harapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Ahmad
(Ahmad Bin Yunus)
Wakil penduduk
Taman Perumahan Desa Bakti