Menyediakan contoh karangan Bahasa melayu, Pengajian Am, dan Sejarah yang merangkumi pelbagai topik bagi pelajar STPM, disertakan juga contoh karangan SPM, PT3 dan juga UPSR.

Kecuaian manusia menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya


Kata orang ‘malang tidak berbau’. Oleh itu, kita perlu berhati-hati ketika memandu.  Menurut sumber Polis DiRaja Malaysia (PDRM), statistik tahun 2008 menunjukkan 373,047 kes kemalangan telah berlaku berbanding 363,319 kes pada tahun 2007 dan 341,252 kes pada tahun 2006. Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri.


Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku ini berpunca daripada kelalaian manusia. Antara bentuk kecuaian yang dilakukan mereka ialah memandu laju atau berlumba di jalan raya. Pelbagai kemungkinan k boleh terjadi apabila kenderaan dipecut sesuka hati tanpa menghiraukan had laju ditetapkan. Slogan ‘Kelajuan Boleh Membunuh’ dan ‘Jalan Raya ialah Sungai Maut’ menjelaskan kepada kita bahawa kemalangan atau kematian boleh berlaku pada bila-bila masa saja seandainya kita cuai atau lalai di jalan raya.

Bentuk kecuaian kedua yang dilakukan oleh pemandu ialah tidak memeriksa dahulu kenderaan sebelum digunakan. Pemandu yang bersikap ‘lepas tangan’ begini sudah akan menghadapi masalah apabila bahagian-bahagian tertentu kenderaan mereka sperti brek, lampu brek, lampu isyarat, hon dan lain-lain tidak berfungsi. Banyak kends yang jatuh ke gaung atau terbabas kerana kerosakan brek. Ada juga kenderaan dilanggar dari belakang kerana lampu brek yang tidak menyala. Kenderaan dicipta dan digunakan untuk kemudahan manusia. Oleh itu, malang sekali apabila kita ditimpa kesusahan oleh kelalaian sendiri.

Di samping itu, manusia juga dianggap cuai apabila memandu dalam keadaan mabuk, khayal dan mengantuk. Banyak kemalangan ngeri berlaku pada waktu larut malam awal pagi. Ini menunjukkan pemandu berada dalam situasi berkenaan ketika mem,, Ujian-ujian polis terhadap pemandu dan mangsa kemalangan membuktikan mereka memandu di bawah pengaruh alkohol. Penggunaan pil khayal dan ubat batuk juga mempengaruhi cara pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan. Fenomena pemanduan yang tidak berhemah ini akan menyusahkan semua pihak.

Selain kecuaian pemandu, kemalangan juga berlaku disebabkan oleh keadaan raya yang sempit, bengkang-bengkok, berlubang dan sunyi. Hal ini cukup ketara jalan raya di kawasan pedalaman, seperti jalan raya dari Bentong ke Gua Musang. Keadaan jalan sebegini akan memberi tekanan kepada pemandu. Bagi pemandu yang kurang sabar, mereka akan memandu secara berbahaya. Misalnya, memotong di garisan berkembar atau ketika di selekoh. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa apatah lagi apabila binatang melintas di hadapan. Jelasnya keadaan jalan raya juga boleh menyumbang ke arah kemalangan.

Tidak seperti lebuh raya, kebanyakan jalan raya di negara kita tidak menyediakan tempat rehat dan lampu jalan. Ketiadaan tempat rehat menjadikan pemandu terus memandu meskipun mereka keletihan dan mengantuk. Manakala jalan raya yang gelap pula boleh membawa risiko kemalangan yang tinggi. Rasa letih, mengantuk dan suasana menjadikan pemandu hilang tumpuan di jalan raya. Kealpaan yang sedikit menyebabkan jiwa melayang. Oleh itu, tempat rehat dan jalan yang disinari cahaya lampu adalah amat perlu untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Kesimpulannya, pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan di jalan raya. Namun, faktor penting yang sukar dinafikan ialah manusia itu sendiri. Pelaksanaan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan kempen-kempen keselamatan jalan raya di media massa boleh menyedarkan pemandu yang malang itu tidak berbau.